Nov 10, 2010

FELDA KINI DI AMBANG MAUT ??





Kenapa tiba2 timbul isu Felda sekali lagi? Adakah benar Felda akan terkubur? Saya sebenarnya banyak mengkaji mengenai Felda sejak akhir2 ini. Ternyata Felda banyak memainkan peranan membantu Melayu secara amnya.

Tapi timbul pula isu saman RM 20 Juta. Felda disaman dengan jumlah wang yang begitu besar dek kerana penyalahgunaan kuasa serta konspirasi yang kononnya sedang parah dalam Agensi ini. 'Penyalahgunaan kuasa dan konspirasi'.... Macam ayat Anwar Ibrahim tu.

Siapa yang saman? Anwar? Bukan. Individu yang dikenali Mazlan Aliman. Orang kaya Felda tu. Mazlan Aliman ini merupakan Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak). Sebuah badan yang ditubuhkan bertujuan untuk mengembeling tenaga demi memastikan warga Felda terbela dan mengimbangi kepesatan dan kejayaan Felda agar peneroka Felda juga tidak ketinggalan untuk menikmati kejayaan dan kekayaan Felda.

Ternyata penubuhan Persatuan pimpinan Mazlan ini tidak mencapai matlamat asal untuk membela anak2 peneroka Felda. Ianya ternyata hanya retorik politik semata2 bagi menaikkan nama 2 3 kerat peneroka Felda yang kecewa. Bukan kecewa sebenarnya. Ada kes penyelewengan.

Mazlan telah menyaman Felda sebanyak RM 20 juta akibat dari penangkapan beliau disebabkan penyalahgunaan. Mazlan dikatakan amat berdendam dengan Felda dan sanggup melakukan apa sahaja bagi mencincang pihak atasan Felda.

Wow... Dendam betul dia ni. Tetapi dalam Majalah FELDA "ICT JELAS" bilangan 04/2010, Abang Kandung Mazlan sendiri telah membuat pengakuan bahawa keluarga Mazlan tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan. Keluarga Mazlan, dakwaan abangnya kini berjaya dalam penghasilan ladang Felda hasil bantuan Agensi tersebut. Blog 'Hakikat Kebenaran' sendiri pun ada mengesahkan perkara ini.

Persoalannya, jika keluarga Mazlan sendiri tidak bersetuju dengan beliau, adakah kita perlu percaya dengan orang ini? Kenapa Mazlan begitu taksub menentang dan melakukan provokasi terhadap Felda?

Ada udang sebalik batu ni? Inilah seorang insan yang gagal di dalam Felda sebenarnya. Ada la tu buat apa2 penyelewengan. Ini orang memang tak tahu rasa bersyukur. Orang PAS... Kat mana diletak orang2 sebegini memang akan memberontak. Tapi memberontak ada sebab. Sebab nak tutup kesalahan sendiri. Penyelewengan apa yang Mazlan lakukan?

Tak mengapa. Gelombang Rakyat akan turut membantu mendedahkan kepincangan Mazlan. Banyak informasi mengenai Mazlan ini. Pastikan anda terus melayari blog Gelombang Rakyat dari semasa ke semasa.

:-)



Gelombang Rakyat memang akan bantu. Bantu mendedahkan penyelewengan kau, Mazlan. Jangan tertipu dengan poster ini. Anyway thanks.. Sebab turut kempen blog saya kat poster ni.. Gelombang Rakyat... Hehehehe...


Post by... Melayu CinDia


3 comments:

KAPAKTAJAM said...

Budak Mazlan ni sepatutnya ditangkap dan diletakkan dibawah ISA, kerana gara-gara beliau telah membuatkan Felda jadi sedikit huru hara. Kita Umat Melayu khususnya, wajib berterima kasih dgn Gagasan Tun Razak yg menubuhkan Felda demi membawa Kaum Melayu jadi petani yang berdisiplin, teratur dan berdedikasi.

Dengan tunjuk ajar dan juga bantuan Felda lah org Melayu ramai yg berjaya dan ada yg kaya raya seperti Sdr Dato Rozali Ibrahim.

Kenapa Felda diserang bertubi2. Mazlan adalah papet kepada agenda Yahudi dan DAP. Mereka irihati akan kejayaan Felda yang berjaya membentu petani Melayu di seluruh semenanjung. Jadi, dgn kritikan dan desakan ini mereka mengharapkan Felda akan hancur. Oleh itu, pada Melayu yang berperangai "BABI HUTAN" macam Mazlan Aliman itu, sewajarnya dinyahkan dari gelombang ini dan tempat yg paling sesuai adalah ISA.

ISA sesuai kerana ia menggugat Kesejahteraan Umat Melayu. Hancur seorang Melayu yg menjadi petualang adalah lebih mulia dari membunuh masa depan seluruh warga Felda yg sedang bertungkus lumus untuk menaikkan taraf kehidupan keluarga mereka.

Ingat, jika Felda, Felcra & Risda hancur, mana lagi Orang Melayu nak bergantung harap. Sebab itulah Melayu yg menjadi petualang dan master mindnya adalah sibabi DAP. Cuma Melayu yang bodoh dan haprak sahaja yang tidak dapat membaca mainan Yahudi dan DAPig ini.

Sedar lag semua org Melayu.

fikrah said...

Askum. wbt. khusus buat sdr "kapak Tajam" dan blogger Gelombang Rakyat... saya ingin mengenali sdr dgn lebih dekat lagi kerana sdr sememamagnya benar-benar hebat kerana tulisan sdr.
Pada "firasat" saya, sdr ini adalah seorang pejuang!!! dan penyebar "maklumat" kepada peminat blog..keberanian sdr menyerang dan menggelarkan dgn pelbagai gelaran khususnya kpd sdr Mazlan Aliman memang hebat. Tahniah sdr. mungkin sdr boleh bagi pelbagai lagi gelaran yang lebih hina kpdnya. sebab mungkin sdr mengenalinya atau orang setempat dgnnya...
walaubagaimanapun saya sebagai seorang islam dan anak peneroka Felda mengambil kesempatan untuk mengingatkan saudara, sebagai seorang ISLAM sewajarnya sdr tentu lebih pakar, berdosa sdr menggelarkan seorang sdr islam nya dengan gelaran yang seburuk itu. tapi ianya masih terpulang kpd sdr untuk meneruskan agenda sdr menggelarkan sdr Mazlan dengan apa-apa gelaran sekalipun kerana itu mungkin hak sdr.
sdr. sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab saya secara dasarnya kurang bersetuju dgn tuduhan-tuduhan melulu sdr terhadap sdr Mazlan, kerana tuduhan sdr banyak yang tidak tepat dan tidak ada kena mengena langsung dgn beliau dan tak masuk akal yang waras.. Yalah mungkin sdr menuduh berdasarkan maklumat dari media.... takpe lah. sdr anak Felda ke? atau kakitangan Felda? sb byk sangat "maklumat" sdr paparkan langsung tidak tepat.berkaitan cadangan sdr agar sdr Mazlan ini ditangkap dibawah ISA saya cukup bersetuju dan menyokong 100% tetapi bagaimana kalau sdr masuk sekali dengan beliau, jadi boleh berdialog atau berdebat berkenaan kemusykilann sdr. dengan tulisan sdr yang hebat, rasanya sdr ni memang pakar berkaitan isu Felda...maafkan saya jika sdr terguris atau tersinggung....
oops... satu lagi, kalau sdr nak banyak lagi maklumat Felda hubungi saya ye...
Jumpa lagi...

udanggalah said...

Salam...Aku juga generasi Felda,tetapi aku bersyukur menjadi anak Felda.Masih aku ingat zaman kecilku amat perit .Dengan nilai RM65 bapaku boleh berbelanja di kedai PNF,pelbagai usaha keluarga kami lakukan di bumi bertuah ini untuk meneruskan hidup..akhirnya kami 8 beradik menjadi manusia yang berjaya walaupun sederhana.Syukur kerana ibu-bapaku yang asalnya miskin ,tiada sebarang harta..kerana menyertai Felda kini kami senang..punyai tanah kebun 10 ekar dan rumah keluarga kami telah diubahsuai mirip banglo.Kami akan pulang ke Felda sekerap mungkin kerana ibu-bapa masih ada dan sentiasa menanti dengan gembira.Bagi aku Felda telah diatur dengan sempurna sehingga menjadi institusi yang amat berjaya.Biasalah ada yang tak puashati..tetapi kita punya saluran untuk berbincang iaitu JKKR untuk mengatasi segala masalah.Memang masih ada keluarga yang terus susah hingga ke hari ini,tetapi cuba saudara-saudara bayangkan masa masuk dahulu setiap peneroka diberikan 10 ekar kebun dan 1/4 ekar tapak rumah.Kenapa setelah sekian lama wujud perbezaan antaranya?...fikirlah sendiri.....

Powered by Blogger.