Nov 28, 2010

EXCO SELANGOR TERLIBAT KONGSI GELAP ??





Melayu CinDia hanya ingin pengunjung flash back semula kisah kematian Teoh Beng Hock. Setakat hari ini, ramai yang terkeliru dan terus menyerang Kerajaan Pusat sebagai perancang utama kematian ini.

Teringat pula artikel lama Melayu CinDia ketika mengendalikan blog UMNO satu ketika dahulu. Dululah. Sekarang tidak lagi. Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang pada waktu itu merupakan masih lagi bersama PKR mendedahkan penglibatan Exco Selangor dalam kematian Beng Hock. Pembongkaran ini sebenarnya amat serius dan sehingga kini Kerajaan Negeri Selangor tidak menjawab lagi pertuduhan Wee Choo Keong.



Sila baca dengan teliti pembongkaran Wee Choo Keong ini.

Jika tidak kerana kematian misteri Teoh Beng Hock, mungkin isu dakwaan yang mengaitkan ‘orang dalam’ pentabiran negeri Selangor dengan kongsi gelap kini menguasai pentas. Makanya hingga sekarang gema dakwaan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju,Wee Choo Keong adanya pejabat Exco Kerajaan Negeri dijadikan tempat pertemuan orang yang ada kaitan dengan perniagaan ‘bawah tanah’ masih belum terjawab.

Wee yang sudahpun memberi keterangan kepada polis mengenai dakwaan itu tetap tidak berganjak sekalipun Exco Kerajaan Negeri DAP Ronnie Liu melenting minta beliau namakan siapa yang dimaksudkannya itu.Itu kisah pembangkang vs pembangkang lanjutan dari desakan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Azmin Ali agar jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dirombak.Apakah ini semua ada kaitan dengan dakwaan terbaru Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap kerajaan negeri Selangor.


Bekas Menteri Besar Selangor sebelum membangkitkan dakwaan serius yang perlu dijawab oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Hal seperti ini tidak pernah terdengar semasa Selangor di bawah pentabiran Barisan Nasional dulu. Dr Khir mendakwa kebanyakan kegiatan mencuri pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap.



Melayu CinDia berharap Wee Choo Keong dapat membangkitkan semula pembongkaran ini agar masyarakat di luar tahu agenda kotor dan jahat DAP demi kerakusan kuasa politik mereka.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.