Nov 5, 2010

DUN GALAS - DAP DAKWA PAS EKSTRIM JAJA ISLAM !!





"Kempen ini benar-benar berbeza berbanding dalam pilihan raya kecil yang lalu. BN tidak menggunakan parti politik (Cina) untuk kempen, semuanya datang dari kumpulan 1Malaysia, yang disokong oleh pemimpin MCA. Setiap kali kita mengadakan ceramah besar, kumpulan itu akan mengadakan makan malam besar, ini tidak seperti trend kempen biasa pilihan raya BN"
(Pengarah Pilihan Raya DAP, Thomas Su)

Itulah kenyataan Thomas Su ketika diminta mengulas kemenangan besar BN di Peti2 Undi Cina di Galas. Beliau sendiri mengakui 1Malaysia sebenarnya satu konsep terbaik yang mampu menarik minat masyarakat Cina di Malaysia.

Dan analisis saya melalui kenyataan ini, beliau seolah2 kecewa dengan pendekatan PAS yang sekadar menjaja nama Parti mereka tanpa mengambil pendekatan efektif di dalam kesatuan di bawah kerjasama Pakatan Rakyat.

Ini menunjukkan juga bahawa kerjasama Pakatan Rakyat tidak dapat diterima oleh segenap masyarakat di Kelantan. Ianya hanya akan memberi liabiliti kepada pengundi untuk mengundi PAS.

DAP juga seolah2 mendesak agar PAS mengambil pendekatan lebih liberal dan tidak menjaja Islam sebagai wadah perjuangan. Sebenarnya ianya telah berjaya dilaksanakan di Negeri2 lain. PAS tidak menjaja nama Islam ketika berkempen. Mereka menjaja slogan baru mereka iaitu 'PAS Untuk Semua' sebagai simbolik perjuangan.

Jika dahulu PAS begitu marah dengan UMNO kerana kononnya Kerajaan BN mendesak PAS membuang perkataan Islam pada nama parti. Tapi kini sebenarnya, PAS sendiri terpaksa sujud di telapak kaki DAP dengan membuang terus matlamat perjuangan mereka yang kononnya 'Membangun Bersama Islam'.


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.