Nov 18, 2010

DIN PUDURAYA DAKWA TARIKH RAYA HAJI DI M'SIA TIDAK SAH !!





"Sambutan Aidil Adha di negara ini semalam sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".


Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB. Salahuddin Ayob cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan mandakwa tarikh sambutan Aidil Adha di Malaysia tidak sah. Ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai tertanya2 dengan persoalan tarikh tersebut.

Beliau yang juga dikenali sebagai Din Puduraya oleh blogger Papa Gomo sewajarnya merujuk kepada Jabatan Agama di bawah Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ini. Apa salahnya berjumpa dengan Datuk Jamil Khir Baharom secara 'face to face' dan tidak sepatutnya bercakap soal kemusykilan ini secara umum kerana akan mengelirukan Umat Islam di Malaysia.

Memang benar, sebarang persoalan boleh dibahas di Parlimen. Namun, tidakkah masyarakat Islam di Malaysia akan terkeliru dengan dakwaan beliau?

Saya ingin bertanya pada beliau, adakah beliau menyambut Hari Raya Korban mengikut tarikh yang ditetapkan di Malaysia? Adakah beliau solat sunat Aidil Adha pada tarikh tersebut?

Jika beliau musykil, beliau dan penyokong2 PAS tidak sewajarnya melaksanakannya mengikut tarikh yang ditetapkan. Jangan cuba hendak menimbulkan kekeliruan Umat Islam di Malaysia. YB Salahuddin Ayob cuba hendak menjadi jaguh, tetapi beliau tidak pernah memikirkan kesannya terhadap umat Islam terhadap kekeliruan tarikh Hari Raya Aidiladha yang beliau persoalkan.

Saya berharap agar Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri di bawah pimpinan Datuk Jamil Khir Baharum dapat menjawab persoalan ini agar tidak lagi timbul sebarang kekeliruan.



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

usin said...

niat din koyob ni bukan untuk kebaikan umat islam sgt. ia semata2 untuk keuntungan politik, x lain daripada itu. ckp bukan main2, tp xde yg boleh jd contoh teladan yg baik. kalau ikut, takut tersesat sampai neraka.....

gebang gedohoq said...

Depa pun turut raya hari tu. Di Kelantan raya sakan. Aku heran la kat puak PAS ni... Jgn sampai terikut cara Ayah Pin sudah laaaa.

Anonymous said...

Saya setuju cara din pudu tak kena tempat. Tapi risau juga kot2 komen dia tu betul. Soal agama bukan ikut parti. Tak pasal2 sokong bawa rebah.Memang din nak cari popular politik. Tapi kalau Menteri cuai .. hai takut nak fikir2. Lantaklah kau din pudu.Betul ke salah ke .. janji aku tetap ngan UMNO.

Powered by Blogger.