Nov 26, 2010

DATO' SITI NURHALIZA SERTAI UMNO WANGSA MAJU ??





Pagi semalam saya dipanggil Crew Siti Nurhaliza Production untuk membuat liputan blog mengenai program baru Astro Ria yang akan disiarkan pada bulan Februari 2011. Program bertajuk 'Bersama Dato' Siti'. Saya tidak tahu hujung pangkal terus menyertai liputan tersebut. Dengar kata rancangan yang akan disiarkan itu berbentuk program amal iaitu penyerahan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Satu rancangan yang amat baik.

Apabila saya sampai ke lokasi, saya lihat ramai AJK UMNO Bahagian Wangsa Maju termasuklah Skuad Sayang dari Wanita UMNO Wangsa Maju di lokasi tersebut. Saya tertanya2, kenapa ramai sangat Ahli UMNO Wangsa Maju? Kenapa mereka juga terlibat? Adakah Dato' Siti Nurhaliza kini telah aktif dalam bidang politik?



Sebenarnya saya silap. Pihak Production telah menjemput Pengerusi BN Wangsa Maju, Dato' Dr. Haji Mohd Shafei Abdullah selaku Pemimpin Parlimen Wangsa Maju bagi menjayakan program tersebut. Ianya merupakan salah satu segmen yang akan diketengahkan di dalam rancangan 'Bersama Dato' Siti' iaitu Pemimpin bersama Rakyat. Kira2 macam program 'Bersamamu' lah.

Dato' Shafei Abdullah telah menyumbangkan beberapa barang2 keperluan dapur kepada golongan2 yang memerlukan di kawasan beliau. Lokasi ini diadakan di sekitar Kampung Puah, Jalan Gombak, KL kerana terdapat beberapa penduduk di sini yang kurang bernasib baik.Turut memberi sumbangan termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya amat tertarik dengan pendekatan yang diketengahkan di dalam program Dato' Siti ini kerana ia sedikit sebanyak mengetengahkan pemimpin2 kawasan yang bekerja keras dalam memastikan masyarakat setempat terus terbela. Malah, Dato' Shafei Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Politik Dato' Seri Najib Tun Razak memuji berharap program2 sebegini akan diteruskan.

Insyaallah, jika rancangan tersebut berjaya, masyarakat akan terus terbela dan tidak dipinggirkan.

SYABAS BUAT DATO' SITI DAN CREW SITI NURHALIZA PRODUCTION ATAS INISIATIF MELAKSANAKAN RANCANGAN2 SEBEGINI.

JUTAAN TERIMA KASIH BUAT DATO' SHAFEI ABDULLAH YANG TELAH MENYUMBANGKAN BEBERAPA BARANG2 KEPERLUAN BAGI MERINGANKAN BEBAN MASYARAKAT SETEMPAT.


Berikut merupakan sedikit gambar2 yang sempat saya simpan sepanjang program ini berlangsung.





Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.