Dec 1, 2010

CONFIRM!! - HADI AWANG AKAN MASUK UMNO.





Ketika Melayu CinDia membuat liputan Program Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show (MAHA) 2010 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berlangsung di UPM Serdang, Melayu CinDia sempat bersuai kenal dengan beberapa Pemimpin Negara termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah.

Lebih mengejutkan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Timbalan beliau, Ustaz Nasharuddin Mat Isa turut memberi sokongan hadir ke Majlis ini. Ini menunjukkan bahawa Ustaz Hadi Awang turut memberi sokongan terhadap program2 yang dianjurkan oleh Kerajaan. Melayu CinDia diberitahu Ahli Parlimen Marang ini hadir ke program ini secara sukarela sebagai tanda sokongan terhadap Kerajaan menaikkan Industri Pertanian.



Ustaz Hadi Awang dan Ustaz Nasharuddin sememangnya dilihat sebelum ini antara pemimpin PAS yang bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO. Malah kedua2 pemimpin PAS banyak menyertai pelbagai program2 yang dianjurkan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini. Ramai juga yang bergambar bersama beliau. Timbalan beliau, Ustaz Nasha siap perli, "Macam Siti Nurhaliza pulak Ustaz Hadi hari ini." Hahahaaha...

Ketika Melayu CinDia menangkap gambar beliau, Ustaz Hadi bertanya kepada Melayu CinDia ini dari mana, Melayu CinDia secara spontan menjawab "saya merupakan seorang blogger yang menyokong UMNO dan Kerajaan." Beliau tersenyum dan mengucapkan TERIMA KASIH kepada Melayu CinDia.

Mungkin ucapan terima kasih itu ada makna yang tersendiri. Ucapan itu memberi makna bahawa beliau menghargai Melayu CinDia bersama blogger2 lain yang masih menghormati beliau sebagai seorang Pemimpin. Beliau mungkin sebelum ini meramalkan akan diludah dan dipandang hina apabila bertemu dengan mana2 blogger atau penyokong UMNO.

Ternyata pandangan beliau salah. Melayu CinDia masih menghormati beliau. Melayu CinDia masih meletakkan harapan yang tinggi kepada beliau. Harapan agar beliau bangkit kembali. Bangkit dan mengaplikasi segala niatnya.. Niat untuk bersatu dengan UMNO demi keutuhan Agama, Bangsa dan Negara.

Melayu CinDia faham isi hati Ustaz Hadi Awang. Banyak perkara yang beliau semakin kusut dengan gabungan Pembangkang yang dilihat semakin mengabaikan perjuangan Agama dan Bangsa. Akan tetapi De Facto PAS, Nik Aziz menghalang misi beliau.

Tak mengapalah Datuk Seri. Insyaallah, impian Datuk Seri akan menjadi realiti satu hari nanti.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.