Nov 14, 2010

BUKTI HADI AWANG SOKONG UMNO SECARA SULIT !!





"Kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk anggota UMNO"
-Abdul Hadi Awang-

(Laporan Bernama)


Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di atas telah mengejutkan beberapa Pemimpin politik termasuk dari kalangan PAS sendiri.

Adakah kenyataan beliau di atas menunjukkan bahawa Hadi Awang kini telah mengalah dan mengajak kesemua umat Melayu menyokong UMNO? Beliau kelihatan bimbang dengan pelbagai penganiayaan dan ketidakadilan orang Islam dan Melayu yang berlaku di beberapa Negeri naungan PAKATAN terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

Kebimbangan beliau memuncak setelah Sultan2 di bawah Negeri PAKATAN bertindak secara terbuka memberi amaran dan memboikot sebarang usaha dan dasar yang diketengahkan mereka terutamanya di Selangor.

Beliau juga seperti tidak yakin dengan perlaksanaan dasar Islam di Negeri2 PAKATAN yang bukan sahaja agak perlahan, malah lebih teruk dari sebelumnya. Hadi Awang merupakan antara individu yang pada dasarnya menyokong sebarang usaha ke arah perpaduan Islam dan Melayu melalui meja bulat bersama UMNO. Namun, setelah ditempelak De Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat beliau mengambil pendirian untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan ke arah itu.

Adakah kenyataan beliau di atas merupakan satu arahan secara berkias bahawa sudah tiba masanya Pengundi Melayu dan Islam mengundi UMNO? Hadi Awang sebenarnya berbelah bahagi dan tidak mampu melakukan apa2 selagi Nik Aziz memegang takhta PAS. Banyak isu sebelum ini yang disuarakan Hadi Awang yang ditempelak Pemimpin Diktator PAS ini.

Hadi Awang kelihatan bertindak protes dengan membuat kenyataan berkias agar penyokong PAS menyokong UMNO demi keselamatan Islam dan Melayu.

Semoga penyokong2 pembangkang membuka mata dan menerima arahan 'sulit' Hadi Awang agar mengundi UMNO pada pilihan raya akan datang terutamanya pengundi2 Melayu.



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Anonymous said...

Awak ingat orang PAS bodohkah macam yang awak tulis tu...Dalam PAS Ahlinya faham Dasar dan Matlamat Parti bukan berjuang atas Dasar matlamat individu.Pas begerak mengikut syura contohnya keputusan Muktamar agong bukan mengikut fahaman individu atau pendapat individu atau mana mana pemimpin yang bercangah dari segi fitrah.Tulisan awak bermotifkan untuk lagakan pemimpin PAS.Macam datuk Asri dulu lah nasibnya.Saya rasa hasutan awak tak menjadi sebab ahli pas lebih pintar menilai pimpinannya cuma awak yang gagal faham dan buat persepsi yang awak rasa menguntungkan UMNO.Pokoknya UMNO BN telah pun di tolak kerana Rasuah dan peyelewengan dan salah guna kuasa rakyat tertindas,kemiskinan melarat,melayu hilang intergriti sebagai bangsa dan ugama Islam ,akibat terus meberi kuasa pada UMNO selama 50 tahun bukan sebab Melayu hilang kuasa.

Anonymous said...

haji hadi pon tau, hang jgn dok sebok kejar bontot org,, pas mmg x boleh.. terima je la

Powered by Blogger.