Nov 20, 2010

BONGKAR !! - BUKTI ISLAM DIANGGAP P'CACAI DI SELANGOR.






MISI KERAJAAN SELANGOR
"Rumah ibadat di S'gor mesra penganut Islam"


Itu antara garis panduan Kerajaan Selangor dalam memelihara Kebajikan Orang Islam dan Agama2 lain di Selangor. Itu janji Pakatan Pembangkang dalam mana2 kempen semasa PRU 12.

Baru2 ini kita dikejutkan dengan seorang yang beragama Hindu telah membakar dirinya setelah kuil yang menjadi tempat ibadah agama beliau akan dirobohkan. Itu kisah nasib Agama Hindu di Selangor.

Gambar di atas adalah pendedahan yang telah dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian. Astagfirullah, hanya beralas plastik kanvas dan berbumbung khemah, kira-kira 300 jemaah dan penduduk sekitar Seksyen 2, Taman Pinggiran Putra, Bandar Putra Permai semalam menunaikan solat sunat Aidiladha di tapak masjid terbengkalai di sini.

Kerja-kerja pembinaan masjid mulanya berjalankan pada 2006 semasa Kerajaan Negeri BN namun terhenti pada tahun 2008, selepas Kerajaan Pakatan mengambil alih Kerajaan Selangor kerana kos terlalu tinggi dan melebihi peruntukan awal.

Jawatankuasa Pembinaan Masjid berkenaan terpaksa membuat kutipan derma bagi meneruskan pembinaan Masjid tersebut. Setakat ini, jumlah kutipan hanya berjumlah RM 30 000. Antara yang memberi sumbangan termasuklah Ahli Dewan Unda- ngan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Dr Mohamad Satim Diman. Malah, Datuk Satim sendiri bersama 300 jemaah tersebut menunaikan solat sunat Aidiladha di tapak masjid tersebut.

Mana ADUN Seri Kembangan? Tak bantu ke? Oh, lupa. ADUN Seri Kembangan dari DAP. Gambar atas sekali tu, namanya Ean Yong Hian Wah. Pemimpin DAP yang tak sedar diuntung. Membiarkan masyarakat Islam di kawasannya terus merana. Inikah yang DAP buktikan bahawa parti ini tidak anti Islam? Sudah terang lagi bersuluh. Kawasan sendiri tidak pernah diendahkan. Bila dikritik, dikatakan blogger pro UMNO rasis. Siapa yang rasis sekarang ini?

Dan saya hendak bertanya. Mana Exco Agama, Dr. Hasan Ali. 2 tahun Masjid ini terbengkalai. Takkan Hasan Ali langsung tidak sedar akan masalah ini? Atau buat2 tak nampak? Oh lupa, Hasan Ali tak berani nak buat apa2 sebab Masjid ini berada di kawasan ADUN DAP. Pengecut.Kadang2 Pemimpin Ulung PAS ini terpaksa menjadi balaci DAP. Ini yang dikatakan perjuangan Islam ke arah Negeri Berkebajikan?

Entahlah. Masih binasa rakyat Selangor di bawah pemerintahan Pakatan. PAS bukan sahaja berdiam diri. Malah membiarkan Islam terus tergadai dan hanya mampu pandang sebelah mata apabila umat Islam diseksa. DAP? Makin agreesif menerajang umat Islam di Selangor. Bukan hanya Islam, umat Hindu pun ditarahnya.

Lupa, JAIS tak berfungsi ke?

"Sebenarnya JAIS telah banyak mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah ini. Namun, apa yang mengejutkan kami pihak JAIS terpaksa merujuk kepada Kerajaan Negeri. Memang, ini projek pembinaan Masjid ini di bawah Kerajaan Negeri. Kalaulah projek Masjid ini milik JAIS, sudah lama penduduk setempat menikmati nikmat Ibadah di rumah Allah ini"
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi
(Gambar di atas : Bersongkok)



Kerajaan Negeri Selangor memang kejam. Ini masih lagi nak sokong Pakatan Haram? Tergadai Agama Islam. Lihatlah Projek pembinaan Gereja di Selangor seperti gambar di atas. Gambar2 tersebut adalah projek gereja yang dijanjikan DAP Selangor semasa PRU 12. Kini tersergam indah terbina menjadi kebanggaan Kerajaan Negeri Selangor. Kuil terus diroboh. Pembinaan Masjid disekat. Negeri apa ini?



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Yb Raz said...

perang salib terus berlaku sehingga hari ini. cuma ianya tidak dilakukan melalui peperangan sebaliknya secara halus seperti politik, hiburan dan lain lain.

nak minta orang pas dirikan masjid? jangan harap ler. pas kelantan pun tak bina masjid. masjid yang mereka tahu cuma kawin je.

Powered by Blogger.