Nov 16, 2010

AZMIN ALI DEDAH KHALID SELEWENG WANG YAYASAN SELANGOR ??






Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim nampaknya menjadikan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS) Saifulruddin Sulaiman sebagai ‘kambing hitam’ dalam kes perbelanjaan membazir sempena sambutan ulangtahun ke-40 yayasan itu yang dijadualkan hari ini (Isnin).

Menurut Khalid, Shaifulfuddin diarah bercuti bergaji bagi memudahkan siasatan kerana siasatan awal mendapati pejabatnya terlibat dengan perbelanjaan yang mengakibatkan Sultan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka.

Timbul persoalan, setakat manakah bidang dan had kuasa Saifulruddin sehinggakan beliau dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap perbelanjaan besar bagi majlis makan tengahari itu dan beberapa program sambutan ulangtahun lain?

Laporan Bernama sebelum ini mendedahkan bahawa Khalid tidak mengetahui mengenai sambutan dan perbelanjaan tersebut kerana beliau tidak dimaklumkan mengenainya. Timbul persoalan selanjutnya, bagaimanakah pengurusan dan pentadbiran YS dijalankan?

Bolehkah seorang Timbalan Pengurus Besar meluluskan peruntukan sebesar RM300,000 (atau RM800,000 seperti didedahkan oleh Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar) tanpa pengetahuan Pengurus Besar selaku Ketua Pegawai Ekskutif badan pendidikan itu?

Banyak tanda tanya lagi yang boleh ditimbulkan! Jika benar seseorang Timbalan Pengurus Besar boleh membuat bajet dan dia sendiri meluluskannya, apakah pula peranan Pengurus Besar dalam institusi kebajikan anak-anak luar bandar yang perlu bantuan itu?

Di Yayasan Selangor, ada dua orang Timbalan Pengurus Besar dan seorang lagi ialah Datin Sabariah Ahmad. Bagaimana pulakah jika timbalan ini juga membuat dan meluluskan bajetnya sendiri. Dan apa pula halnya jika ada tiga orang timbalan….?

Sehingga kini, difahamkan Sabaraiah sedang bercuti seminggu gara-gara kemelut yang berlaku dalam YS. Sebelum ini beliau dikatakan telah diarahkan untuk melapor diri ke pejabat SUK kerana kehadirannya dilihat ‘menggundah-gelanakan Pengurus Besar ekoran berlegarnya surat-surat layang mengenai dirinya.

Mengenai kemelut RM520,000 melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menaja majlis perkahwinan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muzafar, yang dijadikan sasaran di situ pula adalah Jabatan Perhubungan Awamnya. Jabatan tersebut tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti sehingga selesai siasatan.

Persoalan yang sama juga timbul di perbadanan itu - adakah pengurus jabatan berkenaan layak dan berkuasa meluluskan peruntukan sebesar itu, apatah lagi digunakan untuk kegiatan yang langsung tidak berkaitan dengan pemajuan hartanah.

Nampaknya di PKNS lagi hebat kerana gambaran yang diberikan ialah pegawainya (tak perlu timbalan pengurus besar seperti di YS) boleh buat keputusan dan kerana itulah keseluruhan jabatan perhubungan awam, jabatan yang menjadi penghubung dengan pihak luar dibekukan kegiatannya.

Dalam kedua-dua kes anak syarikat kerajaan negeri itu, apakah peranan lembaga pengarah dan lembaga pemegang amanahnya? Tidakkah kedua-dua lembaga ini mengetahui mengenai perbelanjaan yang luar biasa itu.

Ada dedas desus yang berlegar mendakwa di YS, lembaga pemegang amanahnya cukup cekap ‘menutup mulut’ pegawai rendah dan kakitangannya dengan menghadiahkan mereka dua bulan bonus berbanding dengan keputusan kerajaan yang memberi RM500 sahaja.

Untuk ahli-ahli lembaga pemegang amanah pula, mereka mengambil RM5,000 seorang termasuk Pengurus Besarnya Ilham Marzuki. Beliau juga dapat bonus selaku Pengurus Besar.

Jika ahli-ahli lembaga tidak mengetahui dan tidak terlibat dengan perancangan kegiatan dan perbelanjaan besar, apakah yang mereka lakukan. Bukankah meluluskan kegiatan dan perbelanjaan besar adalah dasar institusi dan dasar hanya diluluskan oleh lembaga pengarah – bukan timbalan pengurus besar atau jauh sekali pengurus jabatan perhubungan awam!

Dalam hal kedua-dua YS dan PKNS, nampaknya CEO iaitu Pengurus Besar macam kebal. Mungkinkah kekebalan mereka kerana kedua-dua Pengerusi YS dan PKNS adalah Khalid Ibrahim?

Ada juga sumber2 sahih memberitahu Azmin Ali sebenarnya dalang kesemua skandal ini, tapi ditempelak Khalid Ibrahim disebabkan Khalid menerajui Selangor. Beliau dikatakan telah mengupah beberapa individu untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini.


Post by... Melayu CinDia

4 comments:

Anonymous said...

Salam..ulasan yang baik..
Continue your good job. Dedahkan habis-habisan..!

Salam perjuangan

Anonymous said...

setahu saya semua ahli politik belanja puluhan juta untuk dapat kerusi. bayangkan berapa juta duit epf sudah songklap, naza sekarang sudah jadi bilionair, petronas ambil minyak di tanah sendiri , jual minyak cekik rakyat berapa bilion sudah rakyat malaysia hilang, pendidikan masih teruk, jalan raya teruk, kualiti makanan di gerai teruk,kereta buruk masih di jalan raya, takan 1 malaysia 1 undi mesti ada baik dan buruk , masing masing mahu jadi HERO MALAYSIA . POLITIK IS MONEY, MONEY IS POLITIK

cicaksakit said...

makanan kat gerai teruk pun salah kerajaan ke?itu salah pengusaha la.bengong!

KAPAKTAJAM said...

Apapun jalan ceritanya KAPAK meminta agar SPRM menyiasat secara menyeluruh perkara ini dan mereka yg didapati bersalah berikan hukuman setimpal dgn perbuatannya kerana mengkhianati amanah yg diberikan untuk anak-anak miskin dan yatim dan juga mereka yg memerlukan.

Kalau di China, Jepun dan Korea, hukuman yg setimpal kerana mencuru duit anak2 yatim, miskin dan tidak berkemampuan ini adalah "DITEMBAK SAMPAI KOJOL/MATI" hancurkan bangkai2 bernyawa seperti ini jika memang sah dan nyata kesalahan yg dilakukan.

Jika Khalid Ibrahim atau pun Azmin Ali pun terlibat, elok ditembak saja mereka ini didepan skuad penembak, biar mampus semua petualang negara.

Hidup pun macam cibai babi haramjadah.

Powered by Blogger.