Nov 22, 2010

ANJING LEBIH MULIA DARI UMNO !!





Tidak kira kecil atau besar jasa, mana-mana pemimpin PKR yang mahu angkat kaki tinggalkan parti itu kena bersedia digelar pengkhianat, penjahat dan telan segala macam tuduhan. Lebih teruk kalau ‘ melompat’ sertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional. Jawabnya terus dicop dapat terima upah berjuta ringgit.

Pendek kata, hanya pemimpin yang terus kekal dalam parti AAA (Anwar, Azizah dan Azmin) itu sahaja benar-benar baka baik, hebat, pejuang reformasi dan keadilan. Tetapi jangan pula pemimpin yang setia bawah ketiak Datuk Seri Anwar Ibrahim itu marah kalau ada yang kata ‘porahhh’ atau ‘pigidahhhh’ pada PKR.

Sebenarnya, sudah jadi trade mark PKR akan melabelkan mana-mana pemimpin parti itu yang keluar atau lompat parti dengan macam-macam gelaran dan tohmahan.Bagi Anwar, hanya beliau dan pemimpin yang masih setia dengan PKR sahaja yang ada class.

Ingat kes ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin yang rapat dengan Ketua Pembangkang itu, tetapi apabila mereka keluar dan kena pecat, dua wakil rakyat dituduh dibeli oleh UMNO.

Peliknya, Zahrain berkawan dengan Anwar selama 30 tahun dan Zulkifli pula pernah jadi peguam kes liwat Anwar terdahulu dan bahunya tempat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menangis tetapi mereka tetap dihina apabila tinggalkan PKR –parti yang mereka sudah hilang kepercayaan kerana perjuangan hanya untuk Pak Sheikh atau Brother Anwar sahaja.

Terbaharu, giliran Datuk Zaid Ibrahim jadi mangsa PKR dilabel sebagai ‘Kuda Trojan’, pengkhianat dan orang jahat. Mereka cuma tak berani tuduh bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu kena beli sebab ramai tahu Zaid kaya raya.

Malah bekas menteri kerajaan BN itu mengakui beliau tanggung sendiri belanja ketika bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Sebenarnya, dalam PKR lah ada macam-macam pemimpin sama ada yang pengkhianat, penipu mahupun kaki putar.

Malah jika ambil kira kekecohan semasa pemilihan parti itu baru-baru ini, ada juga samseng dan kaki pukul. Cuma mereka ini belum tinggalkan parti maka terselamatlah daripada dituduh macam-macam. Kedua dalam PKR, mereka mesti menyalahkan UMNO dan kerajaan serta media yang mereka tuduh macam-macam.

Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3 teruk kena bantai.. Kalau tidak kaitkan dengan media ini macam tidak lengkap skrip amarah Anwar dan pemimpin PKR yang lain. Justru itu, jika ada mana-mana pemimpin PKR yang bercakap pada media ini, mereka pasti ‘dalam perhatian’ kecuali pemimpin yang direstui Anwar.

“Janganlah kita bercakap pada Utusan Malaysia. Munasabah atau tidak untuk bercakap hal rumah tangga kita kepada Utusan Malaysia? Tiada satu ahli dari PKR yang waras akan bercakap dengan Utusan Malaysia. Malah sejak parti ini ditubuhkan, tiada satu ahli pun yang bercakap dengan Utusan Malaysia yang selama ini mengecam kita,” kata Saifuddin ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pemimpin tertinggi, pemimpin peringkat negeri Selangor dan penyokong parti itu di Shah Alam, malam Sabtu.

Itu sebahagian contoh bagaimana pemimpin PKR memusuhi Utusan Malaysia yang sudah lama kena boikot daripada membuat liputan parti itu. Malah penyakit boikot akhbar ini sudah berjangkit kepada DAP dan PAS. Namun tak boleh nak salahkan sesiapa sebab tiga parti ini diketuai Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Ketiga, kalau jadi pemimpin PKR tidak boleh kritik dan pertikai Anwar sebagai Ketua Umum. Anwar dah jadi macam Mursyidul Am PAS. Datuk Nik Abdul Aziz juga tidak boleh dipertikai pemimpin dan ahli parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu. Zaid telah dianggap sebagai “kurang ajar” apabila menyerang dan mempertikaikan kredibiliti Anwar, penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Orang yang cintakan parti tidak akan mempertikai Ketua Umum (Anwar). Beliau telah dipukul, diaibkan dan dipenjarakan selama tujuh tahun kemudian keluar untuk kukuhkan parti, bina kekuatan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat malah dapat lima juta undi daripada rakyat. Pemimpin seperti ini (Zaid) kurang ajar, jangan biarkan... setuju atau tidak untuk bersama dengan beliau? “Beliau mahu keluar parti 16 Disember... sebab nak jelajah nak dapat sokongan,” katanya.

Menurut Saifuddin, PKR akan menjadi sebuah parti terkuat di Malaysia.

“Pemimpin akan datang dan pergi tapi parti keramat akan terus bersama rakyat. Parti ini akan jadi parti terkuat di Malaysia,” katanya.

Semalam,Zaid mengumumkan akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini dan surat pemakluman mengenainya telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu. Dalam hal ini, panglima Anwar, Mohamed Azmin Ali tentu berlapang dada kerana seorang demi seorang penentangnya keluar PKR.

Bagai orang mengantuk disorong bantal, bakal Timbalan Presiden itu, menggesa kepimpinan tertinggi PKR supaya mengambil tindakan tegas terhadap “pengkhianat” dan “Trojan Horse” yang wujud dalam parti itu.

“Saya rayu Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Timbalan Presiden dan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) supaya selesai Kongres PKR kepimpinan perlu tegas dan berani terhadap ‘Trojan Horse’ yang wujud dalam parti. Jangan tangguh atau bimbang dengan orang-orang seperti ini, kita bersama presiden jaga parti yang rakyat bina 12 tahun lalu. Yakin bila diserang kita akan bertambah kuat,” katanya.

Melihat senario di atas, mungkin ada pemimpin PKR yang bercadang mahu keluar terpaksa kekal dalam PKR kerana tidak mahu dituduh pengkhianat dan segala macam.

Ini sudah jadi macam satu ugutan kepada mana-mana pemimpin jika ada berura-ura mahu angkat kaki. Maka tidak hairanlah, PKR terus cacamarba kerana pemimpin yang tidak setuju dengan corak pimpinan AAA akan mempunyai hati yang membengkak akan terus memberontak dari dalam dan pastinya musuh dalaman ini akan menyebabkan PKR hancur serta berkubur.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Megat Alam Gempita said...

PKR parti keramat?!! muahahah banyak kera amat adalah.
Anwar dah makin sasau sebab tak boleh spin isu liwat, sokongan antarabangsa semakin kurang, ahli PKR ramai keluar n menentang Anwar, Suara Kadilan kena saman FELDA, Wan Azizah pun kena saman MB Perak...ayuh kita tekan lagi mamat ni...
Tungguuu ada yg bakal menjadikan Anwar semakin sasau lagi!!!

Powered by Blogger.