Nov 9, 2010

ANGGOTA RELA BARUA UMNO? - PAS BACUL !!





Kenyataan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad bahawa Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) menjadi proksi kepada UMNO bagi mencapai matlamat merampas Selangor pada PRU 13 adalah satu penghinaan kepada badan tersebut. Beliau menuduh penambahan mendadak anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) kepada 300,000 di Selangor menjelang 2011 seolah2 mempunyai kaitan dengan agenda BN yang didakwa cuba menawan Selangor melalui undi pos.

Apa yang PAS begitu khuatir dengan pengundi2 pos di Malaysia? Jika benar kesemua pengundi pos di Malaysia menyokong BN sudah lama kita merampas Negeri Kelantan dari genggaman PAS yang kini semakin rakus merampas tanah rakyat di Kelantan. Adakah pengundi2 pos di Kelantan kesemuanya mengundi BN? Dan persoalannya, adakah kesemua Anggota RELA mesti mengundi secara pos? Gila ka PAS ni?

Memilih calon dari mana2 parti itu adalah hak mereka. Apa pula kaitan dengan pengambilan 300 000 anggota baru RELA Selangor? Adakah RELA kini tidak berhak mengumpul sebanyak mungkin keahlian baru? RELA bukan sebuah Parti Politik. Saya berasa agak kecewa kerana saya mempunyai rakan2 yang menyertai RELA. Dan bukan kesemuanya terlibat dalam politik. Ada yang tidak ambil tahu langsung hal ehwal politik.

Apa yang kita lihat RELA banyak membantu golongan belia. Selain dari membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara, anak2 muda yang menyertai RELA telah diberi pelbagai pendedahan efektif terutamanya dalam kegiatan2 berkaitan khidmat masyarakat. Dan ianya dilakukan secara sukarela. Ini sedikit sebanyak membantu belia mengisi ruang dengan aktiviti2 yang efektif. RELA sewajarnya diikhtiraf. Bukan diherdik sebegini rupa.

PAS nampaknya semakin kekeringan idea dengan mencemarkan Badan RELA. Apa yang saya harapkan pihak RELA akan terus berjuang dan tidak mudah putus asa dalam menaikkan imej Badan ini.

Teruskan usaha anda.. Peneraju Keselamatan Dalam Negeri.



Post by... Melayu CinDia

4 comments:

Anonymous said...

Err...anggota RELA memang kena ngundi secara pos ke? aku baru je daftar jadi ahli.NIat aku nak tolong orang je!

Anonymous said...

pas pas bodo piang dah takut.. jilat bontot dap kerap sgt padan la.. gentar.. hahahahaha

Anonymous said...

tak pernah pulak dengar angota rela ngundi pos ,idris mimpi kot

YB Raz said...

parti pas memang menentang semua penjaga keamanan. sebab mereka pengganas bertopengkan islam. selagi ada polis, tentera, rela maka hajat mereka untuk menggulingkan kerajaan melalui keganasan tidak akan tercapai.

Powered by Blogger.