Nov 3, 2010

AHLI PARLIMEN PAS KOTA BHARU MASUK UMNO ??





Benarkah Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah nak keluar dari PAS? Ada asasnya sebenarnya. Petang tadi saya bersama2 blogger Wangsa Maju dan Unit Media Baru (UMB) telah membuat liputan ke 2 Program Pemuda UMNO Malaysia di Gua Musang.

Program pertama bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Datuk Razali Ibrahim yang telah menganjurkan Karnival Sukan 1Malaysia Jajahan Gua Musang. Program yang juga merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan mengisi beberapa aktiviti belia seperti Pertandingan Bola Jaring, Bola Sepak dan sebagainya. Program ini diadakan di Taman Wangi, Gua Musang.

YB Datuk Razali dalam ucapannya menyeru kesemua golongan muda agar terus menerus menyokong Kerajaan Barisan Nasional yang sudah tentu menjamin masa depan belia. Sambutan yang diberikan memang luar biasa. Laungan 1Malaysia bergema di kawasan tersebut.

Program seterusnya bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin di Kampung Cina, Bandar Lama Gua Musang. Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau telah pergi rumah ke rumah menyeru kesemua masyarakat Cina di kawasan tersebut agar mengundi Barisan Nasional pada 4 Novemberi ini (esok). Sempat juga bertempung dengan Pengasas Kelab Penyokong PAS, YB. Mujahid Yusuf Rawa.

Laungan 1Malaysia juga bergema di Kampung Cina. Ini menunjukkan masyarakat Cina di Kelantan masih lagi bersama kita. Mereka memang kecewa dengan taktik kotor pembangkang yang menggunakan Gangster Cina untuk mengugut pengundi di kawasan tersebut. Dan kebetulan terserempak dengan Naib Presiden MCA, YB. Datuk Seri Ng. Yen Yen yang turut bersama masyarakat di kawasan tersebut. Beliau memang bekerja keras. Syabas Datuk Seri.

Setelah kepenatan berjalan rumah ke rumah, kami telah singgah ke Kedai minum berhampiran. Tiba-tiba Ahli Parlimen PAS Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menegur YB. Khairy. Sempat letak kereta dan lepak sekali dengan jentera2 BN bersama YB. Khairy.

Kemesraan YB Wan Abdul Rahim dengan YB. Khairy menjadi persoalan ramai di kalangan masyarakat di situ. Dan yang peliknya, beliau yang juga Pengarah Piliharaya PAS Kelantan keseorangan tanpa membawa bersama jentera PAS. Ada juga terdengar perbualan mereka.

Ada disebut nama Husam Musa? Emmm... Ada masalah dengan YB. Husam Musa? Takkan luah perasaan kat YB. Khairy kot? Tapi dari perbualan tersebut, nampak seperti beliau amat kecewa dengan Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Cara beliau bercakap seolah-olah nak keluar parti.

YB. Wan Abdul Rahim, marilah bersama kami di dalam UMNO. Kerajaan PAS Kelantan sudah semakin kotor. Insyaallah, kita dapat membangunkan Kelantan dengan baik bersama BN. Pembangunan zahir dan batin.


Post by... Melayu CinDia


2 comments:

Anonymous said...

agaknyer baru merisik2 kut....

Anonymous said...

satu yang aku nampak, ini wakil rakyat yang ada otak

kenapa mesti nak berperang

kalau semua wakil rakyat macam ni, aman lah malaysia ni

Latif Loya

Powered by Blogger.