Nov 19, 2010

ADAKAH ZAID AKAN TERIMA SOGOKAN ANWAR ??





Jam 10.30 pagi ini, segala persoalan akan terjawab. Jawapan samada Zaid Ibrahim tetap dengan pendirian beliau mengisytiharkan diri keluar dari PKR, atau akan terus bersama Anwar dalam misi kotor PKR.

Jika beliau isytihar secara rasmi keluar dari PKR, bermakna beliau menolak rayuan beserta wang sogokan yang ditawarkan oleh Anwar untuk kekal bersama di dalam PKR. Ini kerana Anwar masih memerlukan beliau dan jika bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini tekad dengan keputusannya, ianya akan memberi kesan besar di mana PKR akan berpecah dua dan imej dan pengaruh Anwar akan semakin tercalar.

Tetapi, jika Zaid menarik semula keputusannya, ini bermakna Zaid menerima sogokan wang yang ditawarkan Ketua Pembangkang itu. Dikatakan Anwar menawarkan sejumlah wang yang agak lumayan untuk memujuk Zaid agar kembali bersama PKR dan menarik semula kesemua dakwaan dan dakyah yang dilemparkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Gelombang Rakyat telahpun memberi jawapan terhadap persoalan ini. Hanya perlukan pilihan. Apa2 pun, nantikan Sidang Media bersama Datuk Zaid Ibrahim jam 10.30 pagi ini.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.