Nov 12, 2010

10 AHLI PARLIMEN PKR SOKONG ZAID IBRAHIM !!





Pergolakan di dalam PKR dilihat kini semakin nazak. Seperti yang kita sedia maklum, bekas Calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti baru jika dia dipecat. Namun begitu, sejauh mana relevennya penubuhan parti baru ini?

Parti baru atau lebih enak disebut parti serpihan PKR akan menampilkan pemimpin yang sama. Dari pemimpin2 PKR juga. Apa yang membezakannya cuma mereka yang menyertai parti ini adalah insan2 yang tidak berpuas hati dengan kerakusan kuasa yang kini kian terserlah oleh bos mereka, Anwar Ibrahim. Mereka juga antara ribuan ahli PKR yang semakin muak dengan strategi kotor Azmin Ali.

Tapi nampaknya Azmin Ali takut dengan penubuhan parti baru ini. Beliau dengan kenyataannya merayu agar Datuk Zaid Ibrahim meneliti semula sebarang hasrat untuk menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat atau disingkirkan daripada parti itu.

"Dalam konteks ini kita berharap Zaid dapat meneliti semula keputusan itu dan dapat meneruskan perjuangan dalam semangat muafakat untuk bersama-sama dengan PKR bagi meneruskan agenda perubahan."


Apa lagi yang nak diubah Azmin? Kau yang mesti berubah. Azmin Ali seolah2 mengiyakan sasaran Zaid Ibrahim yang dapat merasakan akan dipecat dari PKR. Adakah benar ada perancangan untuk memecat Zaid?

Azmin sememangnya kelihatan tidak senang dengan kemasukan Zaid dalam PKR sejak awal lagi. Kemasukan Zaid akan menjatuhkan karier politik Azmin. Oleh itu, beberapa perancangan dilakukan Ahli Parlimen Gombak ini bagi menjatuhkan Zaid. Sampaikan Parlimen sendiri tidak dijaga. Terbiar begitu sahaja. Tak percaya tanyalah orang2 Gombak. Jangan katakan muka. Bayang2 pun susah nak jumpa. Semua ini dek kerana kemaruk hendak jawatan tinggi dalam parti.

Biarlah Zaid Ibrahim tubuh parti baru ini. Yang berpecah pembangkang. UMNO dan BN akan semakin utuh. Tapi jangan leka dek kerana kejatuhan pembangkang ini. Gunakan ia sebagai semangat untuk kita bekerja lebih keras dalam memastikan BN terus utuh.


Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Asril Sani said...

Lantak kaulah Zaid
Lantau kau lah Nuar.
Nang boti nang kui boti kui.
Biarlah luncai turun dengan labu-labunya.

Anonymous said...

SOkong lah Zahid tu dan jadi kena kuda macam si bahlol Mustapha Kamil.
Ya lah Zahid banyak duit tetapi kamu jangan harap lah apa apa pun.
Kita nak lihat siapa yang 10 orang tu?

Powered by Blogger.