Oct 30, 2010

UNDI DAP JUGA MASUK SYURGA - NIK AZIZ.







Kempen di Galas nampaknya semakin rancak. Banyak pembongkaran demi pembongkaran telah kita nampak mengenai penyelewengan Kerajaan Kelantan. Semalam sedang saya dalam perjalanan pulang ke bilik setelah penat mentelaah laptop, ternampak beberapa bendera PAS yang semakin lama semakin bertambah di Bandar Baru Gua Musang. Tiba-tiba ternampak bendera DAP di Ekspo Kerajaan Negeri yang digunakan sebagai batu loncatan kempen Calon PAS. Kemudian kelihatan pula poster yang saya pamerkan di atas.

Terfikir sejenak mengenai kedegilan Nik Aziz untuk duduk semeja, berbincang mengenai kesan positif penyatuan Islam dan Melayu melalui Kerajaan Perpaduan. Gambar di atas menggambarkan betapa terdesaknya PAS mewajibkan setiap rakyat Kelantan mengundi PAS. Mungkin alasan lama boleh digunapakai iaitu mengundi PAS adalah tiket untuk ke syurga. Dengan itu, mengundi UMNO akan ke neraka. Huh?


Sungguhpun Presiden PAS, Hadi Awang bersama Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa telah membuka ruang untuk bekerjasama, namun Nik Aziz terus menempelak kedua-dua pemimpin ini. Mengamuk dan menyalak marah betul. Kemudian kedua-duanya diam. Diktator Nik Aziz ni.

Undi UMNO masuk neraka, sebab tak perjuangkan Islam. Kebangsaan je. Buta agaknya Nik Aziz ni. Bagaimana pula pengundi PAS yang mengundi di kawasan DAP dan PKR? Adakah mereka dibenarkan mengundi kedua-dua sekutu PAS ini? Adakah mereka dijamin ke syurga? Nik Aziz sendiri dalam kenyataan beliau di dalam HarakahDaily mengajak ke semua ahli PAS agar mengundi DAP. Mungkin mengundi DAP juga adalah tiket ke syurga. Huh? Bagaimana pula ke syurga walhal dasar DAP bukan sahaja tidak memperjuangkan Agama dan Bangsa, malah menolak sebarang dasar ke arah Islam. Hudud usah dikata. Panas telinga pemimpin DAP mendengarnya. Janganlah memberi alasan bahawa DAP bukan parti Islam kerana terdapat beberapa pemimpin DAP yang beragama Islam.

Ini semua strategi kotor PAS. Malah, di dalam PAS sendiri, kempen-kempen mengenai Islam semakin lama semakin terhakis. Ianya sebagai batu loncatan untuk memancing pengundi.

Renung-renungkanlah...


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.