Oct 9, 2010

TAK PAYAH LA NAK BODEK SAYA - KU LI





PAS boleh lupakan hajat untuk melihat Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah 'buat perangai' menjelang pilihanraya kecil Dun Galas pada 4 November ini. Sebaliknya Ku Li memberi tamparan awal pada Pas dengan mengumumkan sendiri beliau menerima tawaran untuk jadi Pengarah Pilihanraya kecil N45 itu dan akan turun padang sebagai ahli dan Ketua UMNO Bahagian.

Beliau yang kembali dari London pagi Sabtu mengadakan sidang akhbar di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelihatan ceria dan bersemangat untuk menghadapi pilihanraya tersebut. Mengenai hasrat sesetengah pihak untuk melihat beliau menjadi calon BN di Galas, kata Ku Li, beliau tidak boleh memberi kepastian mengenai perkara tersebut.

"Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan. Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kita akan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya sambil tersenyum penuh makna.

Turut hadir menyambut beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno mengakui Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional. Menjawab soalan dari wartawan yang penuh sesak di bilik VIP itu, mengenai isu royalti minyak Kelantan yang cuba dimainkan oleh Pas kerana mereka sependirian dalam isu berkenaan , Ku Li tegaskan PAS sudah bawa kes ini ke mahkamah dan ia adalah subjudis untuk di sentuh dalam kempen nanti.

Ku Li juga hanya menjawab dengan sinis tanggapan bahawa Pas boleh menang mudah di Galas dengan alasan undi untuk Ku Li bagi kerusi Parlimen di DUN Galas adalah rendah dari calon Parlimen Pas. “Kita tunggu 4 November ini,” kata Ku Li yang disambut dengan tepukan gemuruh dari kira-kira 50 orang penyokong beliau yang turut serta menyambut kepulangannya.

Ku Li yang menjadi Ahli Parlimen Gua Musang dari tahun 1974 dan tidak pernah kalah di kawasan tersebut, biarpun penah keluar Umno untuk memimpin Semangat 46 satu ketika dulu. Mengulas mengenai kekalahan BN di Dun Galas pada pilihanraya umum lalu, kata Ku Li ia adalah sebahagian dari trend semasa (tsunami politik) waktu itu dan beliau yakin BN mampu menawan kembali kali ini.

Ku Li juga menafikan cakap-cakap beliau tidak boleh berkerjasama dengan Datuk Seri Mustapa Mohamad. "Saya boleh berkerjasama dengan sesiapa saja dari zaman Tengku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Datuk Seri Mustapa Mohamad sekarang ini," katanya tegas. Sementara itu, Mustapa ketika ditemui wartawan kemudian melahirkan kesyukuran kerana Ku Li menerima perlantikan sebagai pengarah pilihanraya kecil itu sambil menyifatkan pertemuan pagi tadi sebagai pertemuan dalam suasana penuh kekeluargaan.

Pilihan raya kecil DUN Galas bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Chek Hashim bin Sulaiman dari Pas pada 27 September lalu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 4 November sebagai tarikh pengundian.



Post by.... Melayu CinDia



2 comments:

Cikgu Di said...

Salam buat tuan....
Dalam menentu wadah perjuangan politik, seorang veteran seperti YB. Kuli tentunya mempunyai prinsip dalam perjuangan dan tak mudah diputar belit oleh kawan dan lawan..hakikat ini perlu difahami bila mana dalam satu-satu kes beliau sanggup bersuara walaupun dipentas pembangkang dan suara inilah yang tidak dimiliki oleh pemimpin lain yang hanya menjadi "YES MAN" dalam parti. Inilah keunikkan PRK Galas....kita menunggunya dengan penuh debaran...walaupun pelbagai persepsi telah ditulis oleh blogger yang pro dan kontra walahualam.

Anonymous said...

Kuli perlu terus jadi Kuli umno.. umno sokong Kuli.. Perjuangan yang melesukan, Tengku Razaleigh dah lama tunggu nak jadi org penting. Kenapa baru sekarang nak menghargai beliau? Lihat pembangunan di Gua Musang hebat bukan? Walaupun tiada menara KLCC atau masjid terapung disana tetapi Tengku berjaya mempertahankan kedudukannya? Mengapa? tepuk dada tanya Tengku.. Gua respek u Tengku, teruskan perjuangan. Pastikan Royalti Minyak Kelantan dipulangkan kepada state gov, nanti boleh buat banyak lagi projek. Tak gitu! Takat sokong tangan kosong buat apa?.. Hidup Tengku..

Powered by Blogger.