Oct 27, 2010

PRK GALAS - PAS HINA RUMAH ALLAH !! SURAU MCM. SARANG PENAGIH !!





Ketika saya bersama rakan-rakan blogger berada di Program Mesra Rakyat Pemimpin BN di Penempatan Orang Asli di Pos Brooke, saya terlihat sebuah rumah usang di perkarangan Program. Pada mulanya saya ingatkan hanya sebuah rumah terbiar. Risau juga, takut akan menjadi sarang penagih di kawasan ini.

Tapi setelah saya dekati rumah itu, terkejut saya melihat tertera Markas Pentadbiran Dakwah Majlis Agama Islam Kelantan. Rumah usang ini sememangnya sebagai Pusat Pentadbiran Agama Islam di kawasan Pos Brooke.

Saya ingin memasuki pejabat itu untuk mengetahui latar belakang bangunan, tapi ianya terkunci. Ada di kalangan penduduk-penduduk di kawasan ini mengatakan bahawa ianya tidak pernah beroperasi sejak sekian lama.

Sedih betul mendengar keluhan mereka. Apakah sebuah Kerajaan yang digelar sebagai Serambi Mekah memiliki sebuah Rumah dan Pusat Dakwah yang sebegitu usang? Macam sarang penagih.

Apabila melihat di sekeliling bangunan, sekali lagi mengejutkan saya. Surau yang bersemak samun bagaikan tidak berfungsi lagi. Adakah ini penghinaan PAS terhadap RUMAH ALLAH?? Adakah ianya menghina masyarakat Orang Asli yang beragama Islam di Pos Brooke.

Malas nak cerita lebih... Renung-renungkanlah.


Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Anonymous said...

Tu pasal penagih makin bertambah di kelantan. Dia siap buatkan sarang untuk penagih. Nak nampak Islam dia kata la surau atau masjid pada hal sarang penagih.

kingnek said...

kalau hisap ganja, memang orang kelantan hebat, tak caya? kenali lah orang dari kelantan!

Anonymous said...

gambo yg last tu mcm luar pagar surau je..xkan nk kene cuci gak..kwsan org lain tu..bior benor mike ni....Allah nampak ape pon kite buat...

Powered by Blogger.