Oct 18, 2010

PRK GALAS & BATU SAPI - MUSTAFA ALI KATA PAKATAN AKAN KALAH !!





Ketika ditanya peluang PAS berdasarkan perkembangan semasa, beliau berkata parti itu masih berada di belakang Barisan Nasional (BN) kerana menganggap kawasan itu sebagai kubu kuat Umno dan beberapa faktor lain. Mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi DUN itu, Mustafa berkata tidak dinafikan tokoh veteran itu mempunyai pengaruh tersendiri di Gua Musang.

Sementara itu, beliau berkata langkah SPR mengadakan serentak pilihan raya kecil DUN Galas dan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah, akan memberi kelebihan kepada BN.

Mengulas politik Terengganu terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, beliau berkata PAS dan BN negeri itu dilihat mempunyai kekuatan seimbang.


Laporan Bernama - 18 Oktober 2010.


Itulah kenyataan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali petang tadi berkenaan respons mengenai kedudukan PAS dan Pakatan kini. Di Galas dikatanya belum tentu menang. Di Batu Sapi dikatanya BN akan menang. Di Terengganu seimbang. Macam sudah putus asa je dengan PAS. Apa sebenarnya berlaku? Saya tertarik dengan perkataan "faktor-faktor lain". Apakah faktor tersebut?

Mustafa Ali sememangnya sentiasa memberi pandangan yang berbeza dalam konteks pembangkang terutamanya PAS. Sebelum ini pun, beliau adalah salah seorang Pemimpin PAS yang tampil membuat kenyataan bercanggah sebagai headline untuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhenti menyimpan angan-angan dan menipu rakyat mengenai penubuhan kerajaan Pakatan pada 16 September 2008.

Namun, biasalah. De Facto PAS, Nik Ajis mengamuk, terus beliau terpaksa diam membisu. Tapi mungkin dengan kenyataan ini menunjukkan bahawa beliau kembali bangkit?

Selain Mustafa Ali, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa juga seringkali membuat kenyataan yang senada dengan beliau. Kenyataan beliau memuji Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi tanda tanya.

Persoalannya, adakah ini semua akan memberi kesan negatif kepada PAS? Bagaimana Hadi Awang? DUN Galas bagaimana? Diam membisu? Bermaharajalela Anwar menggunakan PAS. Agaknya ramai pemimpin PAS merasakan PAS kini sudah kotor dan tidak lagi perjuangkan Islam. Politik Wang sudah macam perkara biasa. Sudah pula. Masing-masing buat bodoh, tidak rujuk pada SPRM kerana dikhuatiri pengundi hilang keyakinan terhadap parti tersebut. Salah siapa? Salah UMNO juga? Hmm.. Anwar... Oh Anwar..


Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Anonymous said...

Mus, Nasha jangan ler lawan tuk garu kamu, nanti tak masuk syurga..kamu dapat celako, celako

Esperalzi said...

Berat rasa batu digalas
Batu bernama batu sapi
Berat rasa PAS nak menang di Galas
Kalau menang pun mungkin menang sipi

Powered by Blogger.