Oct 20, 2010

PRK BATU SAPI - ANWAR NAK 'LIWAT' SAPP !!






Dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dan orang kuat DAP Lim Kit Siang di bangunan Parlimen pagi Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum Pakatan Rakyat telah bersetuju bahawa PKR akan letak calon di pilihanraya kecil kecil kawasan Parlimen Batu Sapi di Sabah.

Sebelum ini Presiden SAPP, yakni parti pembangkang di Sabah dan rakan Pakatan itu, Datuk Yong Teck Lee umum partinya nak letak calon dalam pilihanraya kecil itu.Anwar berharap SAPP akan memberi laluan kepada PKR untuk elak pertandingan tiga penjuru dengan BN. Menurut Anwar, dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, Pakatan Rakyat di Sabah memutuskan untuk memberi peluang kepada calon PKR untuk mengisi kekosongan itu.

"Kita akan umumkan nama (calon) dalam masa yang singkat," katanya. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang juga bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS), akibat nahas jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Okt lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon ialah pada 26 Okt manakala hari pengundian ialah pada 4 Nov. Mengenai hasrat Parti Maju Sabah (SAPP) untuk bertanding pada pilihan raya itu, Anwar berharap parti tersebut akan menarik diri supaya PKR berpeluang bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Semalam, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga pengarah operasi BN memaklumkan nama calon BN yang akan bertanding akan diumumkan di Sandakan pada Ahad ini. Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee yang disebut-sebut antara tokoh yang mungkin mewakili Parti Maju Sabah (SAPP) dalam pembabitan sulung parti itu pada pilihan raya sejak meninggalkan Barisan Nasional (BN) tahun lepas.

Popular dengan gelaran "Sabah Taiko" dalam masyarakat Cina, presiden SAPP berusia 52 tahun itu sendiri tidak menolak kemungkinan akan menjadi calon parti berkenaan dengan berkata kini beliau layak bertanding kerana tempoh hilang kelayakannya kerana melakukan kesalahan pilihan raya, sudah berakhir.

Anggota SAPP lain yang mungkin diletakkan untuk mewakili parti itu ialah setiausaha agung Datuk Richard Yong dan anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Karamunting Poon Kee Yang.

Pada 2001, Yong hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun kerana melanggar peraturan dalam pilihan raya umum 1999 berhubung papan iklan dan apabila hukuman itu ditarik balik pada 2006, beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum 2008 apabila permintaan SAPP agar parti itu meletakkan calonnya bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu yang disandang Parti Bersatu Sabah (PBS), ditolak oleh BN.

Sebelum ini SAPP dijadual mengumumkan calonnya di Sandakan pada majlis perasmian pejabat baru parti itu di sana Sabtu ini. Selain BN, parti itu akan berdepan dengan calon parti gabungan PKR yang telah membuat pengumuman akan bertanding pada pilihan raya kecil itu pada Selasa. Senario berlakunya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya kecil ini mewujudkan suasana tidak selesa bagi tiga pihak berkenaan, yang dijangka mengumumkan calon masing-masing hujung minggu ini.

"Pilihan raya ini ialah bagi BN-SAPP-PR. Bagi BN, mereka ingin menonjolkan kekuatan mereka, manakala bagi SAPP dan PR pula, mereka ingin menggunakan pilihan raya kecil ini sebagai petunjuk dalam usaha memperkukuhkan kedudukan masing-masing dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata penganalisis politik Rizal Zamani Idris.

Beberapa sumber dalaman parti berkenaan berkata yang dipetik dari Bernama keputusan SAPP dan PKR untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu menunjukkan mereka tidak mempercayai satu sama lain. Beberapa anggota PR berkata mereka percaya SAPP dijadikan umpan oleh BN untuk memecahkan undi, manakala beberapa anggota SAPP pula berkata sebenarnya, SAPP mengatur langkah strategik untuk membolehkannya mempunyai kuasa tawar-menawar bagi mendapatkan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Pada perkiraan SAPP, dengan mengumumkan bahawa mereka berminat untuk bertanding bagi kerusi ini akan meletakkan diri mereka dalam keadaan lebih baik untuk berunding bagi mendapatkan kerusi, bukan saja bagi pilihan raya kecil ini, tetapi juga pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang," kata seorang anggota parti itu.

SAPP telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka ingin bertanding bagi 40 kerusi negeri pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang untuk membolehkan mereka menubuhkan kerajaan baru di negeri ini.

"Sebenarnya, SAPP bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih pada pilihan raya kecil ini. Sebabnya mudah saja, mereka mahu melihat berapa banyak undi yang mampu mereka raih dan dalam kalangan parti pembangkang, parti mana yang mendapat paling banyak undi," kata anggota parti itu.


Post by.... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.