Oct 31, 2010

PEMUDA PAS TAK BOLEH PAKAI - SISWA DIJADIKAN KAMBING HITAM !!





PAS semakin terdesak. Kali ini PAS telah menggunakan pertubuhan mahasiswa GAMIS untuk membantu kempen PRK DUN Galas. GAMIS merupakan sebuah NGO Mahasiswa dan ianya tiada kaitan dengan sebarang ideologi politik.

Semalam berlaku kekecohan apabila 4 siswa dari persatuan ini ditahan polis kerana turut menyertai dan membantu kempen politik PAS di Galas. Pada mulanya, mereka menafikan dakwaan tersebut. Namun, beberapa masyarakat di Galas telah melihat ada mahasiswa yang turut serta dalam kempen rumah ke rumah bersama Muslimat PAS.

Adakah Dewan Pemuda PAS dan Muslimat PAS tidak lagi mampu menggalas tugas sebagai jentera parti? Adakah PAS tidak mampu mempengaruhi pengundi muda sehinggakan terpaksa mengggunakan GAMIS bagi membantu mereka?

PAS tidak sewajarnya menggunakan Persatuan Mahasiswa sebagai kambing hitam di dalam kempen politik mereka. Maruah mahasiswa kini semakin tercalar akibat kerakusan PAS untuk menguasai DUN Galas sehingga sanggup menggunakan golongan berpendidikan ini sebagai kempen politik mereka.

Kepada pengundi-pengundi Muda, janganlah mudah terpengaruh dengan penipuan dan janji-janji PAS kerana PAS Kelantan telah banyak mencabuli hak dan maruah rakyat. Isu ladang rakyat, rampasan tanah orang Asli dan penerokaan hasil Balak secara tidak terkawal telah membuktikan kerakusan mereka mengejar kekayaan tanpa memikirkan hal kita.


Post by... Melayu CinDia


8 comments:

pemuda malaya said...

bodo nk mpos siswa2 nih...
ak nk tanyela,korang nih blajar kt mne?university mane?oxford ke??biasiswa ke pinjaman pembelajaran?N.Ajis bg ke??
sampai sggup jd kambing hitem ntuk Pas??sedarla diri weiii..
tk kenang budi..mangkuk punye siswa..lu org,duk diam2 suda dulu..perhatikan keadaan skeliling dlu..blajar tggi2,tp otak pmikiran cetek..
lembab nk mpos..

Hamis Melingkup Bersama PAS said...

hamis silap gamis, belajar tinggi2 tapi bodo bertingkat-tingkat.

CGPA mangkuk2 ni berapa agaknya ?

Anonymous said...

Harap saje belajar di universiti tetapi bodoh. Aku rasa mereka dapat masuk U bukan sebab cemerlang dalam SPM atau STPM tetapi ambil bidang yang orang bukan Melayu taknak ambik atau tak boleh ambil seperti sastera, sejarah, geografi, usuludin, syariah dan pendidikan.

Kalau adapun budak GAMIS yang ambil jurutera, arkitek, doktor atau akauntan pasti mereka cuma dapat gred purata terkumpul (GPT) 2.750 ke bawah.

Selepas graduat, tak ada kompeni nak bagi kerja kat dia sebab mereka bodoh-bodoh dan suka menentang. Ye lah, waktu belajar asyik menentang kerajaan yang bagi mereka peluang belajar, jadi majikan risau mereka akan menentang majikan yang bagi mereka kerja. Majikan takut budak GAMIS/Melayu ini akan ekstrim dalam kesatuan sekerja dan mempengaruhi pekerja-pekerja lain mogok.

Apabila tiada kompeni nak bagi budak GAMIS/Melayu kerja, mereka merayu-rayu kepada kerajaan untuk masuk KPLI/DPLI/J-QAF/Guru Sandaran. Kerajaan yang mereka benci inilah yang sanggup terima mereka.

Dah dapat kerja, mereka tentang kerajaan pulak. Memang budak-budak GAMIS ini tidak sedar diuntung. Bak peribahasa Melayu, seperti melepaskan anjing tersepit.

Sebenarnya, perkara ini memang berlaku dalam kumpulan guru-guru di sekolah. Tak percaya..? Cuba Pemuda UMNO hantar orang jadi cikgu dan siasat perkara ini. Minta kerjasama dengan Kementerian Pelajaran agar dapat serapkan pemuda UMNO jadi cikgu. Enam bulan cukuplah.

Anonymous said...

PANAS: Mahasiswa turun Pilihan Raya Kecil: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pertahan GAMIS!
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/11/panas-mahasiswa-turun-pilihan-raya.html

Anonymous said...

GAMIS =
aku tidak pernah bangga dgn KORANG
atas alasan apa pun, mmg tidak masuk akal untuk join kempen2 politik.

betul tu better korg belajar lagi.. naikan CGPA, aku rasa dorg tak de amik sbjek sejarah nie.. kalau tak, tak kan dorg leh terima PAS ngn PR nie..

Mangkuk ayun tul arr.. kalau korg ikut n ajurn ceramah2 dan program2 cegah maksiat dsb lagi elok.

ini nak bergiat dgn politik..
tunggu habis belajar arr..tgk apa idea korng

aku setuju pasal keje tu..
merayu2 nak keje ngn GOVT tapi lupa itulah SISTEM yang korang antikan tu..

akua ingt kalau ada saudara aku kat GAMIS nie dan dia ikut kempen GALAS nie..mmg aku TAMPAR..akus uh je dia benti.. menyusahkan..

sori teremosi sikit..
apapun aku rasa dorg tak belajar sejarah nie..

sb dorg tak tahu apa tu POLITIK ni..

Anonymous said...

dorg dapat duit PTPTN & MARA..

gn tunggu lama2 bekukan PTPTN n TAJAAN MARA dorg tu, bia padan MUKA.

nik said...

pelik...
GAMIS ni ada ke kacau hidup korang?
biar la diorang nak buat apa..siap nak tampar2 lagi...

@pemuda malaya:aku rasa kau lagi bodoh sampai kau jadik pencacai umeno.hang pi la ikut pak jib hang tu...hahahaha

Anonymous said...

Memanglah GAMIS tak kacau hidup aku. Tapi secara tersiratnya dia telah berpeluang belajar kat universiti. Jadi belajarlah betul-betul. Naikkan point (tah apetah budak U cakap, CGPA?). Pastikan dapat 3.750.

Barulah orang Islam/Melayu bangga dengan mereka. Setiap kali konvo, ramai budak Cina dapat first class dan second class upper.

Budak Islam/Melayu terutama budak GAMIS? Sorang dua dapat fist class, sikit2 dapat second class upper, ramai dapat second class lower dan hampir semua dapat third class.

Aku cukup terkilan kerana aku tak dapat masuk U. Mungkin keputusan STPM yang aku ambil tahun 1995 kurang memberangsangkan. Walaupun dapat 5 prinsipal tetapi cuma dapat 2A1C1D1E.

Jadi bersyukurlah jika dapat masuk U. Pastikan dapat keputusan cemerlang. Jangan harap kerja dengan kerajaan. Cari kerja yang hebat-hebat seperti doktor, jurutera, arkitek, analisis sistem, pakar komputer, ahli perniagaan.

Jika dah berjaya, nak berpolitik, bantai engkolah. Tak siapa yang larang.

Aku...? cuma noreh getah kat kebun bapak dan belah malam jual burger untuk sara keluarga. Apa boleh buat, tak dapat masuk U.

Powered by Blogger.