Oct 8, 2010

PEMIMPIN GADAI BANGSA - NIK AZIZ TAK SETUJU PENDAPAT SULTAN SELANGOR??





Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menasihatkan Orang Besar Daerah supaya menjauhkan diri daripada pihak yang sanggup menggadaikan bangsa sendiri demi mencapai cita-cita politik mereka. Baginda mahu supaya Orang Besar Daerah menumpukan perhatian penuh kepada tugas masing-masing demi kebaikan rakyat dan biarlah masalah politik dikendalikan oleh ahli politik.

“Sebagai wakil Beta di daerah-daerah, mereka (Orang Besar Daerah) hendaklah berkecuali dalam apa jua aktiviti politik kepartian dan sentiasa bersikap adil dan jujur untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan bangsa agar dapat terus kukuh dan bersatu dalam menikmati kesejahteraan dan kemakmuran,” titah Baginda pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Daerah, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah
Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di Istana Bukit Kayangan.

Baginda mahu Orang Besar Daerah menasihatkan rakyat supaya jangan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh mengakibatkan salah faham dan perpecahan kaum. Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Selangor berharap setiap Orang Besar Daerah menjadi ‘mata dan telinga’ baginda bagi mengawasi pentadbiran dan pengurusan setiap masjid dan surau di daerah masing-masing agar kesucian tempat beribadat itu tidak dicemari perkara yang bertentangan dengan ajaran dan tuntutan Islam.

Baginda turut menyeru Hakim Mahkamah Syariah di negeri itu agar menyelesaikan setiap kes yang dihadapkan di mahkamah dengan segera terutamanya yang melibatkan hal ehwal kekeluargaan.

“Percepatkanlah tempoh perbicaraan setiap kes demi menjaga kepentingan semua pihak terlibat bagi mengelak berlakunya gejala maksiat serta tidak bermoral sekiranya jangka masa kes-kes itu berlanjutan,” katanya.

Baginda sudah bagi warning.... PAS dan Nik Aziz, bagaimana? Masih mahu bersengkongkol dengan PKR dan DAP yang terang-terang mengabaikan perjuangan bangsa. PAS juga pimpinan Nik Aziz dikatakan membuang terus perkataan bangsa di dalam perjuangan PAS. Apakah perlu lagi PAS dipilih sebagai parti dominan Negara? Tak dominan pun, sebab PAS merupakan parti minoriti di Parlimen. You can do nothing!!! Ikutlah telunjuk DAP.


Post by... Melayu CinDia



6 comments:

Anonymous said...

melayu ni bila nak cerdik...kah kah kah


adoiii...berita macam ni pon kau boleh naka jadikan PROPAGANDA...

KAH KAH KAH..belajar tinggi bangang melantun-lantun yang empunya n3 ni...

kah kah kah

Anonymous said...

selagi nik ajis make budu manyak2, selagi tu lah biul...

Anonymous said...

Nik Ajis kan wali selipar..?

kontolan said...

N.ajis wali selipar @ selipar jepun...p/s N.ajis tak bangga jadi melayu...

aiman said...

Mana jutawan N.Ajis setuju terkena batang hidung sendiriiiii.. Kah-kahhhh.

bbP said...

""giLOoooo muuu"" kata nik ajis

Powered by Blogger.