Oct 27, 2010

PAS KELANTAN LAYAN ORANG ASLI SEPERTI ANJING !!







"Kami akan terus menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Galas", itulah ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin semasa Program Mesra Rakyat bertempat di penempatan Orang Asli Pos Brooke, Gua Musang.

Program yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Post Brooke itu dihadiri lebih 1000 masyarakat Orang Asli di dalam dan luar DUN Galas. Tan Sri Muhyiddin juga memberi jaminan akan menjaga kemajuan masyarakat setempat dan mengucapkan Jutaan Terima Kasih kerana terus menerus menyokong Barisan Nasional.

Kemajuan di bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan BN dalam memastikan golongan Orang Asli terus terbela. Turut hadir dalam Majlis tersebut termasuklah Calon BN DUN Galas, Aziz Yusof Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin, ADUN Nenggiri YB Mat Yusoff bin Abd Ghani, Ahli Dewan Negara Masyarakat Orang Asli dan beberapa pemimpin kawasan.

Sementara itu, beberapa peruntukan diberikan kepada golongan minoriti ini di antaranya Permberian 200 unit Rumah PPR dan Projek Penambahbaikan 250 Unit Rumah Orang Asli.
Berikut merupakan beberapa peruntukan yang diberikan iaitu : -
  1. Membekalkan 3000 jenset untuk mengatasi masalah bekalan elektrik.
  2. Pemberian Mesin Rumput berjumlah 100 unit.
  3. Pemberian 100 000 bekalan benih getah.
  4. Bekalan tenaga solar sebanyak 1500 unit.
Selain itu, beliau yang juga merupakan Menteri Pelajaran berjanji akan meluluskan Projek Pembinaan Sekolah Menengah di kawasan Pos Brooke jika BN menang besar di DUN Galas.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berasa sedih dengan status tanah yang berlaku di di kawasan Pos Brooke. Tanah yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri sewajarnya dibela masyarakat minoriti ini seperti yang dilakukan oleh beberapa Negeri di bawah pemerintahan Kerajaan BN.

Beliau mengulas ketika menjawab persoalan status tanah yang dibangkitkan oleh Pengerusi JKKK Kawasan Pos Brooke, En. Rashid Akuh.

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU PADA TANAH MASYARAKAT ORANG ASLI ??

BENARKAH MASYARAKAT ORANG ASLI DILAYAN SEPERTI ANJING ??


BERMULALAH SATU PENDEDAHAN...


PENDEDAHAN YANG AKAN MENGEJUTKAN BUKAN SAHAJA MASYARAKAT GALAS.


MALAH RAKYAT KELANTAN DAN MALAYSIA !!!


NANTIKAN PENDEDAHAN KAMI ESOK !!



Post by... Melayu CinDia


2 comments:

Anonymous said...

DAPig berjaya mengAnjingkan PAS sebagai anjing belaan setaraf German Sheperds yg taat setia, berkorban apa saja..(kesucian Islam, mimbar masjid, doa khutbah jumaat, kalimah ALLAH, ayat suci Al-Quran etc..). sebagai balasan Orang Asli Pulak dijadikan seperti anjing oleh PAS. Adakah patut? Ayyuhhh Orang Asli... tolak kerajaan hamPAS. GALAS utk kamu hukum pemimpin/penganut PArtai Ajaran Sosial tu..

Anonymous said...

tak nampak pon mane gambor yg kate layan cm anjin tu...
bior benor mike ni punye cite..

Powered by Blogger.