Oct 31, 2010

PAS KATA KU LI 'TIDO' SELAMA 40 TAHUN JADI MP !!





Janji tinggal janji. Janji PAS pada media yang mereka tidak akan menyerang KuLi kerana menghormati beliau tidak ditunaikan. Agaknya terdesak sebab itu terus balun KuLi.

PAS dalam ceramah-ceramah politik mendakwa KuLi makan gaji buat selama 40 tahun sebagai Ahli Parlimen dan mendakwa KuLi hanya kenyang makan hasil duit rakyat. WOW.. Betul-betul marah PAS ni. Mungkin marah sebab PAS target KuLi akan bersama mereka semasa mengumumkan PRK DUN Galas dahulu.

PAS juga tertekan dengan strategi KuLi mendekati rakyat dan seperti kita sedia maklum, masyarakat di Gua Musang kebanyakannya amat menyanjung KuLi sejak dahulu lagi. PAS seolah-olah ketandusan idea dalam menjawab pelbagai isu terutamanya mengenai isu Tanah Ladang Rakyat.

Bukan sahaja PAS, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pun yang dahulunya nyaris-nyaris cium mulut dengan KuLi turut membalun KuLi. Dikata KuLi pengkhianat kerana menyokong UMNO selepas tawaran sebagai Pengarah Pilihanraya BN. Memanglah KuLi menyokong UMNO kerana beliau pemimpin UMNO di Gua Musang.

Sudahlah PAS. Pengaruh KuLi di Gua Musang amat besar. Tanyalah pada penduduk KuLi apa jasa beliau pada masyarakat Gua Musang. Jika hendak dibandingkan jasa KuLi dengan Nik Aziz, umpama langit dan bumi. Nik Aziz nak turun perkampungan orang asli pun takut. Takut kena tanam hidup-hidup di tanah mereka.


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.