Oct 25, 2010

PAS JIJIK DGN. ORANG ASLI - GEREJA ORG. ASLI DIROBOH





Gambar Hiasan

PAS untuk semua. Itulah slogan yang dipamerkan PAS kini untuk mendekati masyarakat bukan Islam. Namun satu cerita yang baru diterima.

PAS TELAH MEROBOH SEBUAH GEREJA DI PENEMPATAN ORANG ASLI. Pendedahan ini telah diberikan oleh wartawan Malaysiakini pada sessi temuramah bersama calon BN DUN Galas, Abdul Aziz bin Yusof mengenai isu itu.

Namun, Abdul Aziz dengan rendah diri tidak menghina PAS. Namun, beliau juga ada membuat pendedahan bahawa punca gereja tersebut diroboh akibat rampasan tanah Orang Asli oleh Kerajaan Negeri.

Ini menunjukkan sikap PAS hanya kemaruk mencari pengundi bukan Melayu di kala memerlukannya. Akan tetapi membiarkan malah menghina mereka apabila mendapat kuasa.

Berlainan pula di kawasan Tumpat, Kelantan di mana PAS Kelantan meluluskan seberapa banyak rumah ibadat Buddha dengan membina patung mencapai rekod Asia demi mendapat undi di kawasan tersebut yang majoritinya menganut agama Buddha.

Gambar Hiasan

Tetapi dek kerana masyarakat Orang Asli merupakan kaum minoriti, dipijak2 kaum ini dengan sewenang-wenangnya. Apabila PRK DUN Galas diadakan, barulah terhegeh-hegeh mendapatkan semula kepercayaan mereka.

PAS memandang hina masyarakat orang asli.


Ingin lihat gambar-gambar temubual kami bersama CALON BN DUN GALAS, layari Blog Gelombang Wangsa Maju.

Berikut merupakan blog individu yang juga merupakan Anak Orang Asli Gua Musang bagi mengukuhkan kenyataan ini.


BILA KERAJAAN PAS ROBOHKAN GEREJA


Inilah gambar bangunan serba sederhana mirip rumah kos rendah yang telah dibina oleh Orang Asli Kg Jias, Gua Musang, Kelantan untuk digunakan sebagai gereja tetapi malangnya telah dirobohkan pada 4 Jun 2007 kerajaan PAS Kelantan.

Susulan dari itu, Tok Batin Kg Jias, Pedik Busu dan tiga orang pendududuk Kg Jiras pada 1 Julai 2007 telah memfailkan saman terhadap Majlis Daerah Gua Musang. Pejabat Tanah dan Dearah Gua Musang dan Kerajaan PAS Kelantan untuk angkara yang dilakukan.

Pada 16 Julai 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru, Tuan Mohd Azlan Hashim telah mendapati perobohohan gereja yang dilakukan pihak berkuasa adalah tidak sah dan salah serta mendapati tindakan pihak berkuasa selepas merobohkan gereja mencuba mendirikan balai raya menggantikan gereja sebagai menceroboh tanah Orang Asli. Mahkamah telah memerintahkan bahawa ketiga-tiga Defendan membayar ganti-rugi.

Alasan pihak berkuasa untuk merobohkan bangunan ini adalah kerana Orang Asli Kg Jiras yang beragama Kristian telah membina bangunan ini sebelum mendapat kebenaran pihak berkuasa. Tetapi hakikat sebenarnya ialah bangunan itu dirobohkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana ia adalah sebuah gereja. Adakah pihak berkuasa tempatan akan merobohkan bangunan tersebut jika Orang Asli Kg Jiras mendirikan rumah ibadat agama lain yang disenangi pihak berkuasa dan kerajaan PAS? Malahan apabila pihak berkuasa menyatakan kesedian untuk membina sebuah balai raya (dan bukannya membina gereja) menggantikan gereja yang diroboh ditempat lain untuk Orang Asli Kg Jiras, ini menunjukkan dengan jelas betapa kurang senang PAS melihat kehadiran sebuah gereja.

Sebelum ini Barisan Nasional banyak dikritik kerana telah merobohkan tempat-tempat ibadah bukan Islam. PAS sebaliknya menonjolkan betapa toleran mereka terhadap orang bukan Islam. Tokong dan patung Buddha di Tumpat selalunya di tonjolkan sebagai mercu tanda bukti toleransi PAS dan dengan niat untuk meraih undi serta mendekati penggundi Cina. Perobohan gereja Orang Asli, Kg Jiras dalam negeri yang dipimpin kerajaan PAS wajar menginsafkan orang bukan Islam apa yang telah dilakukan dan berkebolehan dilakukan oleh kerajaan PAS.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.