Oct 29, 2010

PAS BAKAR, PIJAK BENDERA BN - PERANGAI MCM. BERUK !!!





Terkejut apabila membaca Laporan Bernama mengenai perkara ini. Namun, Barisan Nasional (BN) bersikap tenang walaupun terdapat insiden membakar bendera BN awal Khamis di Kampung Lembaga, Gua Musang, dipercayai didalangi oleh jentera PAS dari luar yang berkempen untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap kejadian membakar bendera UMNO dan BN itu ditangani dengan baik.

"Dalam pilihan raya kadang-kadang ada satu dua insiden yang tak dapat dielakkan. Saya harap selesaikan masalah yang timbul ini dengan baik," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Gua Musang.

Pemuda UMNO berkata beliau kesal dengan sikap jentera kempen PAS yang datang dari luar dengan mengambil tindakan terdesak dan agresif terhadap BN sedangkan jentera BN bersikap profesional dan beretika semasa berkempen.

"Saya melihat jentera tempatan dan penyokong tempatan tak ada masalah. Mereka tak ada yang ketara sangat antara Umno dan PAS di Gua Musang ini. Di sesetengah tempat mungkin ada ketegangan... pulau memulau, tapi di sini tak ada masalah, kita salam bersalaman, sembang malah boleh minum sekali. Saya rasa ini bukan kerja PAS tempatan tapi budak PAS, jentera Pemuda PAS dari luar. Mungkin mereka sendiri tak tahu sensitiviti dan tatasusila politik tempatan. Mereka terbawa-bawa dengan cara agresif di tempat lain," kata beliau.

Mengikut sumber, terdapat beberapa bendera BN dan UMNO yang digantung di Kampung Lembaga, dibakar pada awal pagi oleh individu dipercayai daripada parti pembangkang.

Selain itu, terdapat kain rentang BN di Kampung Baru di sini yang disimbah bahan peluntur untuk melunturkan gambar pada kain rentang itu yang memaparkan Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Galas, Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa pemimpin BN lain.

Bagaimanapun jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, ketika dihubungi berkata tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden itu.

Pemuda UMNO jangan lagi lembik. Bertindak dari sekarang. Jangan pula tunggu sampai penyokong BN kena bakar baru nak bertindak. Perangai PAS memang macam beruk.


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.