Oct 28, 2010

PAS AMAL PEMERINTAHAN BENJAMIN NETANYAHU !!






Inilah pendedahan yang sangat mengejutkan kami. Selepas saya dan beberapa crew blogger menyertai Program Bersama Rakyat di Post Brooke, saya telah menemubual salah seorang masyarakat Orang Asli mengenai masalah penempatan Orang Asli di bawah pemerintahan PAS Kelantan dipimpin Nik Aziz yang sedang hangat diperkatakan. Beliau yang enggan mendedahkan nama beliau dengan nada hampa membongkar sikap kuku besi Kerajaan Negeri Kelantan. Maklumat yang kami perolehi penduduk lebih 80% penduduk Orang Asli di Pos Brooke adalah beragama Islam.

TERKEJUT !! Itulah reaksi saya. Beliau mendedahkan tanah mereka telah dirampas. Tanah-tanah ini dijual kepada Cina Singapore bertujuan untuk dimajukan tanaman sayur.

Yang lebih menyedihkan adalah, penduduk mendakwa tanah-tanah yang dirampas adalah merupakan tanah kebun masyarakat setempat, penempatan malah tanah perkuburan juga ditarah juga. Adakah ini menggambarkan kepimpinan Islam yang dicanang ke seluruh pelusuk dunia?

Kesan tarahan ini menyebabkan sungai di kawasan tersebut yang menjadi salah satu bekalan air mereka tercemar. Malah, bekalan air bersih juga semakin keroh disebabkan kerja-kerja zalim ini. Pernah satu ketika, bekalan air mereka terhenti selama 2 minggu dek kerana Projek Zalim ini.

Baja-baja milik pembeli haram tanah ini pula diletak di kawasan berdekatan penempatan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Malah boleh mengundang penyakit kepada penduduk di kawasan ini.

Malah peralatan projek kebun CINA SINGAPORE ini diletak di kawasan penempatan sesuka hati tanpa merujuk pada penduduk kawasan.

Kesan torehan tanah ini telah menyebabkan berlakunya kesan tanah runtuh yang akan membawa malapetaka kepada penduduk.

Saya yang sempat menemuramah salah seorang penduduk sangat sedih. Emosi saya terganggu seketika apabila melihat pemandangan Pos Brooke yang dahulunya kaya dengan persekitaran udara yang bersih dan pemandangan yang indah, kini sedikit demi sedikit hilang begitu sahaja.

Apakah nasib masyarakat Orang Asli du DUN Galas selepas ini? Di manakah mereka akan berteduh? Bagaimana pula nasib anak cucu mereka? Tidak terfikirkah Kerajaan PAS Kelantan mengenai perkara ini?

Sumbangan RM 4 billion untuk PAS Kelantan. Klik gambar ini untuk lihat lebih jelas.


Pemimpin PAS Kelantan sendiri hidup dengan kemewahan. Bukan hendak pertikai kerana dahulu PAS seringkali menggunakan platform ceramah politik dengan menghentam Pemimpin Kerajaan Persekutuan seolah-olah begitu kejam. Kini? Apa yang mereka lakukan pada orang-orang Asli ini?

Apalah salahnya jika diberi geran kepada masyarakat Orang Asli ini dan berikanlah sedikit peruntukan kepada mereka untuk membuat Projek Pertanian tersebut? Janganlah asyik mengejar wang ringgit. Jika wang tersebut disalurkan pada rakyat tidak mengapa. Akan tetapi wang tersebut tidak diketahui statusnya. INIKAH NEGERI YANG DIKATAKAN TIADA PITIH ??

Beliau juga mendakwa tanpa berbincang dengan pihak TokBatin dan Jawatankuasa Orang Asli di kawasan tersebut, tanah tersebut diambil sedikit demi sedikit sehinggakan penempatan mereka semakin mengecil.

ASTAGFIRULLAH.... Sejauh mana kebenaran semua ini? Adakah SEKEJAM ITU KERAJAAN NEGERI KELANTAN YANG DIANGGAP SEBAGAI SERAMBI MEKAH??

Beliau juga mendedahkan nasib masyarakat Orang Asli di Kelantan sama sahaja dengan nasib rakyat Palestin yang memperjuangkan tanah yang sememangnya hak mutlak milik mereka.

Apabila ditanya mengenai langkah-langkah yang diambil pihak Jawatankuasa Orang Asli, beliau berkata tiada sebarang maklum balas. Malah semasa PRU 12, mereka hanya menabur janji-janji kosong mengenai status tanah. Apabila terdesak, dengan membawa beg besar bersama sejumlah wang yang besar, disogok pula RM 500 sebagai janji untuk mengundi Parti yang dikatakan perjuangkan Islam.

Insyaallah, saya dan beberapa blogger yang akan lain akan mendedahkan perkara ini. Kami akan mendapatkan beberapa maklumat mengenai perkara ini. Teruskan melayari blog Gelombang Rakyat dari semasa ke semasa.

KAMI AKAN MEMBERI PENDEDAHAN VIDEO EKSKLUSIF MENGENAI ISU RAMPASAN TANAH !!!

NANTIKAN..


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.