Oct 28, 2010

PAS AKAN UGUT PENGUNDI CINA - ROBOH GERAI JIKA UNDI BN !!





Sejauh mana kebenaran kenyataan ini? Beberapa sumber yang saya perolehi bahawa PAS akan menggunakan Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Gua Musang untuk mengugut peniaga-peniaga Cina agar mengundi PAS.

Mereka akan memantau dan mengugut peniaga-peniaga ini agar Peti Undi di kawasan Cina berpihak kepada PAS atau gerai-gerai mereka akan dirobohkan. Adakah ini langkah terdesak PAS dalam memastikan Cina yang begitu menghormati Ku Li dipaksa menyokong BN?

Sebelum ini ramai blogger telah menggelarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengamalkan kuku besi setelah Tanah Milik Orang Asli dirampas dan dijual kepada Cina .Ini merupakan salah satu strategi untuk menarik sokongan Pengundi Cina. Namun, strategi ini gagal dan mereka tekad menggunakan cara kekerasan sebegini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS.

Selain itu, DAP juga dikatakan telah memberi sogokan kepada pengundi-pengundi Cina bagi mengambil hati mereka.

Harap jentera BN dapat memantau perkara ini.


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.