Oct 29, 2010

PAS AKAN TERUS DI LIWAT PKR & DAP !!







Bunyinya memang berat. Kalau ikut cakap Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin nampak gaya PAS kena ‘main belakang’ oleh PKR dan DAP dicelah hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat. Beliau mendakwa DAP dan PKR ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Ia juga melibatkan pemberian kuasa autonomi kepada Pulau Pinang. Zulkifli yang membuat dakwaan itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

"Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang. Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya.

Dalam perbahasannya Zulkifli juga mempersoalkan tindak tanduk yang cuba menonjolkan apa saja yang dibuat oleh orang Melayu semuanya salah tetapi tidak bila dibuat oleh bukan Melayu. Ini termasuk bila orang Melayu menyuarakan hal melibatkan hak dan kepentingan mereka. Sebaliknya tidak demikian bila bukan Melayu bersuara.


Beliau membangkitkan bagaimana insiden beberapa pemuda Melayu yang membakar gereja di Melawati dikenakan hukuman oleh mahkamah tetapi beberapa remaja bukan Melayu yang simbah cat pada surau di Seremban hanya dikenakan denda.

Zulkifli juga menilai perbuatan Namawee yang cemar lagu Negaraku yang belum dikenakan apa-apa tindakan sangat keterlaluan. Menurut Ahli Parlimen membidas DAP cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai mempertahankan Putrajaya dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO.

Katanya DAP hanya menyingkap balik kenyataan pemimpin parti itu sebelum peristiwa 13 Mei 1969 dulu sebelum menuding jari kepada orang lain. Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.


"Saya cadangkan salah satu sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah peristiwa 13 Mei 1969," katanya merujuk kepada cadangan kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah dalam sistem pendidikan negara.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi membuat siasatan rapi dan mendalam ke atas peristiwa hitam itu dan menerbitkan satu kertas putih agar rakyat dapat mengambil pengajaran daripada tragedi itu.

Menyentuh tentang Gagasan 1Malaysia, Zulkifli mahu kerajaan terus memberi penerangan lanjut mengenai konsep tersebut supaya ia tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak. Beliau berkata konsep tersebut juga harus meliputi prinsip mendahulukan negara agar tiada pihak yang sanggup mencemuh negara semasa berada di seberang laut. Beliau juga membidas anggota-anggota Parlimen pembangkang kerana gemar melabel Bajet 2011 dengan nama-nama yang menghina.

"Kita perlu ingat, hendak kritik jangan terlalu melampau, biar berpada-pada, hendak puji juga jangan melampau. Itu yang Islam ajar pada kita," kata beliau.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.