Oct 21, 2010

MENARA WARISAN - KERJA GILA NAJIB !!!





Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB)- Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman Rabu memanggil satu sidang akhbar untuk menjelaskan kedudukan sebenar projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion yang cuba dijadikan satu isu oleh pembangkang sebagai projek yang membazir .

Projek yang melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat ditapak sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2011. Hamad Kama Piah menjelaskan PNB tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan untuk projek berkenaan. Sebaliknya, projek tersebut akan dimajukan menggunakan wang hasil tabungan PNB sendiri.

"Bagaimanapun, kami boleh mendapatkan pinjaman daripada pasaran selagi kami boleh memaksimumkan pulangan kami," katanya.

Selasa ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar selepas taklimat Presiden kepada perwakilan UMNO di PWTC, Najib mempertahankan projek berkenaan tidak membazir sebaliknya akan menjana ekonomi. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang diminta mengulas mengenainya menyokong projek berkenaan.

Pembangkang mendakwa projek itu tidak perlu dan wang berkenaan boleh disalurkan untuk projek lain yang memberi faedah secara langsung kepada rakyat. DAP kata ia hendak mengunakan suara rakyat untuk menyekat projek itu. Hamad Kama Piah menjelaskan projek menara di kawasan seluas 19 ekar dijangka siap pada tahun 2020.

Beliau menolak kritikan pembinaan menara setinggi 100 tingkat itu.Menurutnya ia dengan sendirinya akan mencetuskan ‘ excitement’. Katanya PNB beli tanah itu pada harga RM310 juta pada tahun 2000 dari Danaharta dan projek Menara Warisan itu diluluskan oleh lembaga pengarah PNB pada tahun 2004. Beliau menjelaskan PNB tidak membina projek itu lebih awal bagi memastikan ia menguntungkan. Hamad Kama Piah menduga projek itu akan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan. Menurutnya pembinaan menara 100 tingkat itu dijangka dimulakan tahun depan.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah beri penjelasan dan begitu juga Ketua Pegawai Ekskutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah,namun puak-puak anti-projek Menara Warisan terus menyerang.

Selain kenyataan pimpinan pembangkang,serangan juga dibuat menerusi laman Facebook dan Twitter. Terbaru Angkatan Muda Keadilan kata ia akan lancarkan kempen peringkat kebangsaan termasuk kumpul tandatangan membantah projek berkenaan.

Para pengkritik projek itu nampaknya mengambil sikap memekakkan telinga sekalipun Najib telah menjelaskan projek itu bukan membazir. Hamad Kama Piah pula telah memberitahu PNB tak guna wang kerajaan atau pelaburnya untuk buat projek itu.

Sebelum ini, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga turut menyokong projek mega berkenaan. Kata beliau, rancangan pembinaan Menara Warisan Merdeka merupakan satu projek yang baik untuk negara sebab projek mega seperti itu banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan yang sekali gus mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Selain itu melalui projek tersebut juga ia akan mencetuskan peluang-peluang perniagaan di kalangan syarikat-syarikat yang terdapat di negara ini.


Post by... Melayu CinDia


9 comments:

Anonymous said...

mula2 mmg mangkuk ayun pr kutuk tahap cipan, dah siap sok bawa gak anak2 satu keluarga jalan2 kat menara tu.. kepala ungka bukit diorang tu sengal. kutuk je tau.. benggong.. tuih...

Anonymous said...

dulu pun klia diorang kata membazir dan msia tak memerlukan airport sebesar tu, subang airport masih baguihh tapi 10 thn KLIA dah sempit dan dah nak buat LCCT baru.

putrajaya pun dulu puak2 ni ngutuk sampai menjejes2 air lior. tapi skrg ni tiap2 hari ratib dan bertasbih nak tawan putrajaya. alahaii....hinanya nasib jadi pembangkang.

zek

Anonymous said...

dah diterangkan duit tu bukan duit pembayar cukai pon masih tak paham2. memang jenih penjual ikan dapat jadi pemimpin pas, patut la bengong.

kalau org cina buat bangunan tinggi2 tak plak puak2 ni nyalak. aje babi betul nik aziz dan suku sakat dia ni.

joe said...

jd mcm kelantan, tak payah buat apa2... membazir.. kah3....
... membazir betul ada org mcm Nik Ajis...

Anonymous said...

PNB tu entiti perniagaan... Suka hati diaorang la, nak bina menara setinggi mana pun. Dia dah cakap, tak guna duit rakyat pun. Nak tahu PNB berbohong atau tidak.., tunggula bila PNB diodit nanti.

Satu yang aku bangga : PNB ini adalah entiti yang ditubuhkan untuk bantu rakyat Islam/melayu/bumiputra di negara ini melabur, melalui ASB/ASN, kerana ramai manusia dalam kelompok ini yang tak pandai berniaga. Pada masa sama, ada jugak dana2 pelaburan untuk semua kaum seperti ASW dsbnya. TIADA PAKSAAN untuk melabur.. (tapi setahu aku, berebut2 gila orang nak pi melabur). Keuntungan dah diberi kepada para pelabur2 ini dlm bentuk dividen dsbnya.

Menara Warisan akan menjana keuntungan sejajar dengan apa2 yang dirancang oleh PNB.., dan rakyat Islam/melayu/bumiputra boleh berbangga dengan mercutanda itu.

Yang bukan kelompok ini jeles, kut?... lalu diapi2kan yang bodoh2 tu untuk menentang projek ini. Bukan duit hang ler....

Anonymous said...

Buat malu betul pembangkang di m'sia ni. Sukahati PNB lah nak buat apa dengan duit dia...geleng kepala aku. Ko orang boleh bayangkan kalau pembangkang ambil alih negara ni. Nak buat baik pun kena bangkang.

Anonymous said...

Kalau tempoh pembinaan menara ini ambil masa 10 tahun, rasanya takda la membazir. sebabnya, kos pembinaan menara ini RM5 billion, so kalau dikirakan kos untuk setahun baru RM500 juta. berbeza dengan RM3.1 juta untuk bonus kakitangan kerajaan yang dihabiskan dalam amsa sebulan je...lagi membazir..apa-apa pun aku setuju pembinaan menara ini. selepas era Tun Mahathir, negara kita ni dah takda apa2 benda yang nak dibanggakan selepas KLCC dan KLIA. dengan ada menara ini, nama Malaysia boleh di naikkan semula di dunia.

kontolan said...

Bior le diorang nak menyalak...itu le keje anjing...esok dah siap diorang le yg sebuk2 bawak anak bini jln kat situ..siap begambor lagi..macam KLIA, Menara Berkembar, Litar Sepang...biar leee...

duluPas said...

Lim Kit Siang dulu bangkang pembinaan Jambatan Pulau Pinang, sekarang anaknya Lim Guan Eng beriya2 mahukan jambatan kedua.

Lim kit Siang dulu bantah pembinaan lebuhraya Utara-Selatan, sekarang semua puak2 menbangkang ini menggunakan lebuhraya tersebut.

Kalaulah Anwar menjadi perdana menteri, sudah tentu timbalannya Kit Siang akan membuat kerja gila iaitu projek "MENARA AH SAN"

Powered by Blogger.