Oct 31, 2010

MALAPETAKA PKR DI BATU SAPI - SELAMATKAN DIRI ANDA !!





Ketika asyik mencari maklumat mengenai PRK Galas, Gua Musang, teringat pula pada PRK Parlimen Batu Sapi, Sabah. Banyak perkara yang saya terlepas pandang mengenai PRK Batu Sapi ini.

Antaranya adalah kes Calon PKR, Ansari Abdullah jatuh laut 2 kali. Satu perkara yang agak menarik perhatian kesemua yang mengikuti perkembangan politik. Macam sudah bagi ‘hint’ bahawa PKR akan kalah.

Tidak kurang juga cakap-cakap mengenai calon BN bagi Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin. Antara modal PKR mahu jual calon parti itu yang dua kali sudah ‘mandi’ laut, Ansari Abdullah pandai bercakap tak macam calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempennya puji melambung bekas Ketua PKR Sabah itu yang juga kawan rapatnya. Bagi Ketua Pembangkang itu, Ansari paling layak dipilih pengundi Batu Sapi untuk bersuara di Parlimen. Sebagai peguam, tidak peliklah kalau Ansari hebat bercakap berbanding Linda.

Namun, sekadar hebat bercakap tetapi tidak mampu buat apa-apa apatah lagi menyalurkan bantuan dan kemudahan kepada rakyat ia macam tong kosong sahaja. Anwar mungkin mahu Ansari menang supaya lebih ramai boleh buat ‘bising’ di Parlimen.

Bagaimanapun, bagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, kepetahan bercakap atau berhujah bukanlah kualiti utama sesaorang itu dipilih sebagai wakil rakyat. Menurut laporan Bernama, beliau yang sudah lebih 10 tahun sebagai wakil rakyat dan kemudian dilantik timbalan speaker, Ahli Parlimen Beluran itu menolak hujah Ketua Umum PKR itu bahawa pandai berhujah antara syarat jadi wakil rakyat. Bagi beliau, apa yang penting wakil rakyat atau ahli parlimen yang dapat berikan kemudahan dan bantuan kepada pengundi-pengundi itulah ‘wakil rakyat’ yang hebat.

“Pembangkang bercakap hebat atau banyak mana pun di parlimen, kalau tidak didengar kerajaan BN, ia tidak beri faedah,” ujar beliau. Katanya, walaupun calon BN di Batu Sapi tidak hebat bercakap tetapi kerana beliau mewakili kerajaan BN, rakyat akan dapat menikmati kemudahan yang diperjuangkannya. Menurut Ronald, Anwar juga hebat bercakap tetapi apa yang mampu beliau dan pemimpin pembangkang lain lakukan kerana mereka bukan kerajaan memerintah.

Sehubungan itu, beliau mahu pengundi-pengundi di Batu Sapi memilih BN supaya dapat terus menikmati kemudahan pembangunan supaya hidup selesa seperti rakyat di negeri lain.Katanya, perjuangan BN lebih besar berbanding PKR dan SAPP yang hanya untuk kepentingan individu tertentu.


Post by... Melayu CinDia


1 comments:

Anonymous said...

Burung Kakak Tua pun pandai bercakap tapi cakap merapu, tak dak fakta dan isi. Yg terror cakap pun ada, tapi semua tu kelentong/tipu/bohong aje.16 Sept la, Kita ada number la(no loteri kot?), ini konspirasi la, kita ada bukti la...etc, etc

Powered by Blogger.