Oct 19, 2010

"MAHAFIR'AUN" KASI WARNING LAGI !!!





MAHAFIRAUN.. Itulah gelaran Penyokong Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. Sekarang siapa firaun.. Tapi bukan itu yang hendak diperbincangkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan jangan fikir dengan menukar kerajaan segalanya akan berubah kerana pembangkang sebenarnya akan berbuat perkara yang sama dengan apa yang dilakukan kerajaan sekiranya mereka berkuasa.

“Sudah tentu semasa pilihan raya anda buat banyak janji, terutama sekiranya anda tidak menjangka untuk menang,”kata bekas Perdana Menteri itu. Katanya sesetengah demokrasi tidak dapat dijayakan kerana rakyat tidak dapat menetapkan pendirian mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Forum Antarabangsa mengenai "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik" yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010.

"Kita lihat banyak negara demokratik, di mana kerajaan bertukar setiap dua tahun, tiada kemajuan langsung. Di sesetengah negara, demokrasi sebenarnya menghalang kemajuan dan menjadikan negara tidak stabil," tambahnya. Demokrasi juga gagal di beberapa negara kerana ia tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan.

"Sistem pilihan raya contohnya, jika anda mahukan 100 peratus majoriti sebelum anda bentuk sebuah kerajaan, akhirnya anda tidak akan ada kerajaan," kata Dr Mahathir.

Katanya itu sebabnya negara perlu berpuas hati dengan kerajaan majoriti, di mana walaupun kerajaan majoriti pastinya tidak dapat memuaskan hati minoriti, namun peruntukan khusus buat kaum minoriti tetap disediakan.

Sementara itu ketika bercakap kepada para wartawan selepas itu Dr Mahathir berkata masih banyak yang perlu dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dua tahun menjawat jawatan Perdana Menteri.

Mantan Perdana Menteri itu berkata Najib yang mewarisi kerajaan lemah, sedang berusaha membetulkan keadaan, dan sedang berdepan dengan waktu-waktu yang sukar untuk melakukannya.

"Anda dapat lihat, adakalanya dia gagal, adakalanya dia berjaya, adakalanya dia ada idea yang baik, dan adakalanya tidak. Ia memang dijangka," katanya.

Dr. Mahathir berkata beliau juga berharap agar Najib dapat meraih sokongan rakyat kerana jika tidak, alternatifnya mungkin seorang pemimpin yang lebih buruk, dan ia akan tambah memburukkan keadaan.

Mengenai Perhimpunan Agung UMNO2010 yang akan bermula esok hingga Sabtu ini, bekas Presiden UMNO itu berharap parti terbesar orang Melayu itu akan dapat pulih sepenuhnya dan mendapat sokongan rakyat semula.

"Mana nak tau apa UMNO nak buat. Saya tak ada kuasa sekarang. Saya ada kuasa tegur saja. Itupun kadang-kadang orang tutup mulut saya. Nak bercakap dengan UMNO tak boleh cakap, dengan menteri tak boleh. Sekatan menyeluruh di media," katanya.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh bagaimanapun mencelah dan berkata sekarang Dr Mahathir tidak lagi disekat. Mengenai Model Politik Baru yang diusulkan oleh Najib bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara, Dr Mahathir berkata yang penting bukan sistem atau konsensus, tetapi individu yang menguasai keadaan.

Berhubung saranan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) agar mereka diberikan kuasa mengawal selia peraturan anggota sendiri menggunakan mekanisma Majlis Media, dan bukannya hanya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri semata-mata, Dr Mahathir berkata mereka boleh berbuat demikian, tapi mereka sebenarnya tidak mempunyai kuasa sekiranya ada pihak yang melanggar peraturan.

"Itu sebabnya kerajaan perlu ada kuasa dalam perkara ini. Boleh ada kawalan, seperti pengurusan sesebuah kelab di mana anda ada undang-undang kecil dan anda seharusnya mengawal selia aktiviti kelab, tapi apabila anda melanggar peraturan itu, kemudian kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang," katanya.

Ditanya mengenai siasatan kerajaan terhadap penulis blog tertentu, beliau berkata seperti mana ada kebebasan media, kerajaan juga bebas menyiasat dan akhirnya satu badan bebas akan membuat keputusan.



Post by... Melayu CinDia



9 comments:

Anonymous said...

awat hang loklaq sangat pi gelaq che det mcm tu.jangan banding dia dgn firaun.haprak betui la hang ni.

Anonymous said...

Bila dengar Mahafir'aun.. Teringat zaman Reformasi 1998 dulu.. Gelaran Mahafiraun terhadap Tun M merata2 dgr. Dek kerana Pemecatan Anwar..

Sekarang Siapa Firaun? Anwar blagak diktator macam firaun di dalam PKR.. hAHAHAHA

Hidup Tun..

Anonymous said...

SEMOGA ALLAH SWT memanjangkan usia TUN..semoga mewujudkan seorang lagi MELAYU yg sehebat TUN..Amin

Anonymous said...

Hahahahaa... Mahafir'aun dan Mahazalim..

2 nama ni mmg sinonim mase 1998 ke 1999.. Pemecatan Anwar Ibrahim..

Sekarang Anwar dapat balik 2 gelaran ni. Padan Muka...

YB Raz said...

anuar langsung tak ada ciri pemimpin yang baik..muka dia sekarangpun dah keruh semacam.

Megat Alam Gempita said...

Anwar Jubur, Kalipah harbi LGE dan Tok Wali Sorga N.ajis sekarang pun dah perangai macam diktator, semoga Allah lindungi Malaysia dari pemerintahan manusia-manusia haprak ni, amin

dubaque said...

whatever gelaran sekali pun...

our TUN is the BEST full stop!!!

moga dipanjangkan usia dan digologkan dalam orang2 yang dilimpahkan rahmat dari allah swt

amin

hisham said...

tak akan kita jumpa pemimpin seperti TUN dalam abad ini..sama2lah kita lihat nanti..sebab...dalam pemerhatian..belum nampak lagi pemimpin2 umno yang ada sekarang ini mempunyai semangat dan kekuatan dalam diri mereka.
mungkin 100 tahun lagi??
semoga TUN sentiasa sihat dan dipanjangkan umor serta murah rezeki.
Amin.

Anonymous said...

Tun M.., bila dia menerangkan satu2 isu.., senang jer nak faham... Terima kasih, Tun Mahathir..!

Semuga Allah panjangkan umur Tun serta menambahkan keimanannya... amiin..

Powered by Blogger.