Oct 29, 2010

KU LI DI CULIK - KU MAN ANTARA SUSPEK !!!





Sedang saya membelek-belek blog-blog politik mengenai isu politik, tiba-tiba terbelek karya dan analisis penulisan oleh dari AGENDADAILY. Ini kerana saya sendiri tertanya-tanya di manakah Ku Li berada. Teringin sebenarnya ingin bersua dengan Otai Politik ini. Sampai hari ke 6 saya di DUN Galas, sukar untuk saya menemuinya. Rupa-rupanya senang sahaja.

Mana-mana orang lama dalam politik, baik kerajaan atau pembangkang, tahu kalau nak cari Tengku Razaleigh Hamzah paling mudah ialah melaluinya. Hubungan rapatnya dengan Ku Li, melangkaui tugas sebagai pegawai khas kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu.

“Saya rasa Ku (panggilan Lukman pada Ku Li) seperti ayah saya sendiri,” itulah luahan kasih saya Ku Man terhadap Ku Li semasa menemubual

Kelibat beliau menemani Ku Li, boleh dilihat di mana-mana, sampai ada yang kata, nak tahu apa move terbaru politik Ku Li, kena dengar apa yang Lukman cakap. Malah ada kalangan wartawan dan mereka yang rapat dengannya sudah bagi gelaran ‘ Ku Man’ pada Lukman selari dengan nama bosnya.

Sebab itu, masa kecoh-kecoh pilihanraya kecil Galas akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ku Li sedang bercuti di luar negara, ramai yang sibuk nak tahu, apa reaksi beliau bila namanya dicadangkan sebagai Pengarah Pilihanraya kecil itu dan ada juga yang cadang beliau sendiri jadi calon.

Tak dapat Ku Li, Lukmanlah jadi sasaran orang. Bertubi-tubi panggilan telefon dan sms yang dia terima. Akhirnya banyak spekulasi reda bila Lukman bersuara. Dalam satu temubual, Lukman kata, dia ‘rasa’ bos dia akan terima jawatan pengarah Pilihanraya tetapi menolak untuk jadi calon.

Biarpun, Ku Li masih di luar negara ketika itu, tapi cakap Lukman itu sama ‘bisa’nya dengan cakap Ku Li sendiri, dan itulah yang terjadi. Kononnya, Ku Li sendiri kalau tak nampak Lukman, akan bertanya orang, mana pergi pegawai khasnya itu. Setia Lukman pada Ku Li, tidak dapat disangkal oleh sesiapapun dikalangan pengikut dan penyokong bekas Presiden Semangat 46 itu. Kata Lukman, beliau mula ikut Ku Li pada tahun 1990 lagi, ketika Ku Li memimpin Semangat 46 ketika itu. Lulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal Universiti Paisley, England ini mengaku, pada mulanya beliau ikut-ikut sahaja ke mana Ku Li pergi.

“Kami mula rapat pada 1996 dan pada 1999, Ku lantik saya secara rasmi jadi pegawai khas beliau ketika beliau jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan ketika itu,” kata ayah kepada seorang anak ini.

Lahir di Kota Bharu, Lukman sejak balik dari England memang menetap di Kuala Lumpur. “Saya AJK UMNO Petaling Jaya Selatan,” katanya yang politiknya macam bosnya juga dari UMNO ke Semangat 46 dan sekarang kembali kepada UMNO. Kalau tengok fizikal Lukman, kita tak percaya umur dia dah 50 tahun, selain kecil dan lincah, Lukman memang awet muda. Ditanya mengenai Ku Li, kata Lukman, dia selesa berkerja dengan Ku Li, kerana anak raja Kelantan itu seorang yang amat merendah diri.

“Ku mudah mesra dengan rakyat, dia tak suka ikut protokal, jumpa dengan siapa dia tegur, duduk dan makan bersama mereka, dia jenis boleh berlebih kurang,” kata Lukman. Tapi jelasnya lagi, menjadi tanggungjawab beliau sebagai pegawai khas Ku Li untuk memastikan semua perkara berjalan berdasarkan protokal yang sedia ada.

“Ku memang tak suka ikut protokal, kalau pergi ke majlis kahwin misalnya, dia boleh duduk di mana saja, tapi sebagai rakyat, kita kenalah pastikan tempat duduknya sesuai dengan taraf beliau,” katanya memberikan contoh. Ketika temubual ini dibuat, kami berada di perkampungan Orang Asli yang memerlukan empat jam perjalanan ikut lori balak baru sampai.

Kami yang ikut rasa nak ‘pengsan’ sebab letih dengan perjalanan panjang yang berliku dan sukar itu. Ku Li tenang saja berucap dan beramah mesra dengan Orang Asli, macam tak ada apa-apa, sedangkan kami yang ikut ‘sengal satu badan’. Lukman memberitahu, Ku Li memang dah biasa, masuk hutan jumpa dengan rakyatnya.

“Alang bisa, tegal biasa, kata orang, Ku selalu ke jumpa mereka, paling akhir dua tahun lalu,” katanya. Pernah mereka masuk dengan tiga buah kenderaan saja menjelajah kawasan Orang Asli yang luas dan jauh antara satu-satu pos di Gua Musang.

“Masa tu dengan Semangat 46, pemimpin kerajaan datang dengan helikopter, macam zon perang, sekejap pemimpin ini mendarat, tak lama pemimpin tu pula, bagi macam-macam, kami naik kereta saja. Tapi undi Orang Asli tetap pada Ku Li, Orang Asli di sini kata, kami pangkah raja kami,” ceritanya ketawa.

Aktif dengan Belia 4B, Lukman yang baru dapat pingat Jaksa Pendamai (JP) dari Melaka ini berazam akan tetap bersama Ku Li selagi diperlukan. “Tawaran kerja macam-macam, tapi saya lebih suka ikut Ku,” katanya mengakhiri perbualan kami.

Lega bila mendapat tahu bahhawa mudah sahaja untuk menemui Pemimpin Lama seperti Ku Li ini. Jutaan terima kasih kepada
Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.