Oct 26, 2010

KU LI BUAT PERANGAI - NAK BOIKOT PRK DUN GALAS ??





Laporan ini adalah melalui sumber-sumber wartawan yang hadir pada Hari Penamaan Calon PRK DUN Galas pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa ramai wartawan dan pemimpin pembangkang hairan bila kelibat Pengarah Pilihanraya kecil BN DUN Galas Tengku Razaleigh Hamzah tidak kelihatan bersama pemimpin BN di khemah VIP di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Sampai ada yang cakap Ku Li ‘buat perangai’, merajuk dan macam-macam lagi. Ramai juga wartawan menghubungi Pegawai Khas Ku Li, Lukman Ghani untuk mengetahui sebab sebenar sebalik misteri kehilangan Ku Li.

Kata Lukman, cakap-cakap kata, Ku Li ‘buat perangai’, merajuk dan sebagainya tidak berasas sama sekali. Sebaliknya Ahli Parlimen Gua Musang itu ambil kesempatan untuk bertemu penyokong dan jentera yang hadir berarak pagi ini.

“Ku Li bersama rakyat, dia nak pastikan semua berjalan lancar, di atas (tempat VIP) dah ramai pemimpin yang ada, jadi Ku Li rasa baik dia ambil kesempatan bersama orang ramai yang hadir pagi ini,” katanya. Menurut beliau lagi, sebagai Pengarah Pilihanraya Galas, Ku Li ada cara tersendiri untuk mendekati penduduk di sini. Katanya, Ku Li ambil kesempatan pilihanraya ini untuk menggerakkan sepenuhnya jentara BN tempatan.

“Jentera luar datang bantu saja, tapi tulang belakang adalah orang-orang tempatan sendiri, sebab tu Ku Li banyak luangkan masa dengan mereka,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihanraya BN DUN Galas, Datuk Seri Mustapha Mohamad, memberitahu Ku Li baik-baik saja. Katanya, Ku Li memilih untuk bersama rakyat di luar.

“Beliau tidak mahu naik, bagi beliau yang lebih penting adalah pengundi. Jadi beliau mahu bersama pengundi,” katanya yang sebelum itu kelihatan turun dari khemah VIP ke tempat penyokong BN berkumpul untuk bercakap dengan Ku Li.


Post by... Melayu CinDia


Powered by Blogger.