Oct 17, 2010

KM SARAWAK SEORANG PEMBUNUH ?? - ANWAR AKAN DEDAHKAN FITNAH INI !!





Saya agak terkejut apabila pembangkang sedang mengatur strategi untuk membunuh karier politik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dengan mendakwa bahawa Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terlibat dengan gejala rasuah.

Satu hal.. Strategi paling kotor Pembangkang adalah mengaitkan pula dengan skandal pembunuhan dengan seorang warga Amerika. Dikatakan ini adalah strategi paling utama Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Strategi kotor ini dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Fitnah tersebut akan lebih lantang menjelang pilihanraya negeri, dikabarkan Anwar Ibrahim akan menyentuh butirannya sewaktu perjumpaan di Miri pada 23 Oktober nanti.

Ya Allah... Takkan la sampai begitu sekali Pembangkang. Sampai dikaitkan dengan pembunuhan. Tapi tak mengapa. Sebelum ini Pembangkang pernah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan skandal pembunuhan Altantulya. Tapi akhirnya??? Fitnah tersebut reda malah Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim senyap begitu sahaja. Anwar Ibrahim pula sekali lagi dikaitkan dengan skandal liwatnya. Satu persatu pembantu peribadinya mengeluarkan kenyataan media terlibat dengan skandal ini.

Dan Pembangkang iaitu PKR kini pula berhadapan dengan masalah politik yang amat tenat. Pengundi hantu dan politik wang merata-rata semasa Pemilihan PKR Cabang.

Inilah kesan fitnah pembangkang sebenarnya. Tak payah lah percaya dengan kesemua dakyah ini. Kerana sejarah silam telah membuktikan, bahawa Pembangkang mempunyai strategi yang sangat tajam untuk menjatuhkan Kerajaan sedia ada. Tapi akhirnya, tersungkur juga mereka.

Pengundi Sarawak usah khuatir. Fitnah memang kunci utama Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Lawan mereka. Namun, BN Sarawak juga tidak boleh lagi tidur lena di buai mimpi. BN Sarawak MESTI bekerja keras. Kerana pelbagai isu dan strategi kotor akan diutarakan Pembangkang untuk mengaburi Pengundi Sarawak. Sediakan senjata-senjata BN Sarawak.. Sebelum Musuh menakluk bumi Sarawak.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, LAYARI BLOG
MELANAU BLOGGER
(SUMBER ARTIKEL YANG MANTAP)


Post by.... Melayu CinDia

4 comments:

melanau blogger said...

salam,
terima kasih saudara, sebab bersama menyokong perjuangan kami.

semoga kita semua tetap bersatu...

Jeffry said...

SLM BRO..RAKYAT TERUTAMA DI SARAWAK X MUDAH MKN FITNAH. HANYA MEREKA2 YG BENAK OTAK JEK MUDAH TERGODA DGN PUJUK RAYU SI PELIWAT UTK DI JADIKAN 'LAUK' HUHUHU

alehkayong™ said...

salam , terima kasih bro...

sarawakwira said...

pemfitnah ini mesti dihapuskan..

Powered by Blogger.