Oct 20, 2010

KJ MENGAMUK DI PWTC !! - SABAR BRO !!





Pemuda UMNO menggambarkan pakatan pembangkang umpama –Cerberus-raksasa hodoh dalam hikayat klasik Rumani dengan tiga kepada terjulur dari badan.

“Bayangkan betapa susah dan menyesalnya menjadi badan kepada raksasa ini – satu kepala nak makan, satu kepala nak tidur dan satu lagi nak jalan. Pasti hura hara jadinnya, Itu belum lagi kalau ketiga-tiga kepala bergaduh saling mengigit hingga boleh terjelepok jatuh di tengah jalan,” kata ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, beliau menegaskan, politik raksasa hodoh ini semakin nyata dengan DAP – sehingga mayat mereka dilangkah tidak akan sebulu dengan PAS. Manakala PAS pula katanya, tidak memberi keutamaan kepada penubuhan negara Islam demi menjaga hati DAP dan PKR sedang berkecamuk krisis dalaman gilakan kuasa.

Katanya, penyatuan pakatan pembangkang hanyalah wayang bagi memastikan ikatan rapuh mereka tidak terungkai dan tembelang dalaman mereka tidak dihidu sesiapa. Justeru itu, Khairy mengingatkan pergerakan Pemuda UMNO tidak sampai terikuit-ikut jejak langkah pembangkang dan hanya bersandar kelemahan pihak lawan. Dalam pada itu katanya, pergerakan itu penyumbang besar keahlian baru berbanding sayap-sayap lain dengan pertambahan 41,663 ahli. Beliau mahu usaha menambah bilangan ahli ditingkatkan bukan sekadar melepas batuk di tangga dan memastikan ahli baru didaftar sebagai pengundi.

“Saya juga tidak mahu lagi mendengar kes-kes mereka yang mahu menyertai UMNO terpaksa menunggu beberapa tahun kerana karenah birokrasi dan sabotaj politik yang rasa terancam dengan kedatangan bakat baru,” ujarnya. Beliau berkata, gelanggang siasah semasa tidak lagi memberi ruang kepada pertembungan kuasa semata-mata tetapi lebih utama ia juga membabitkan "persaingan minda dan pertempuran idea".

"Suka tak suka, mereka yang mencabar ideologi politik kita perlu kita depani di pentas politik yang bertunjangkan ilmu, agar mereka dapat kita tewaskan dengan kekuatan hujah dan ketajaman intelek. Bukannya bergantung kepada kuasa eksekutif semata-mata," katanya.

Seramai 795 perwakilan Pemuda menghadiri perhimpunan itu yang turut disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Khairy turut menekankan mengenai perlunya Pemuda UMNO untuk mendekati dan mendampingi golongan muda melalui pendekatan yang berpaksikan pemikiran membina dan pandangan yang lebih kritis dari era dahulu.

"Kita perlu mengamalkan budaya inklusif yang menghargai penyertaan belia dan remaja dan bukan lagi budaya politik dari atas ke bawah. Anak-anak muda ini mempunyai idealisme dan pandangan tersendiri dan cara untuk memenangi hati golongan ini adalah dengan melibatkan mereka secara langsung dalam proses pembinaan negara," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penyertaan yang lebih luas kepada oang muda dan ini perlu diatasi oleh UMNO khususnya bagi memperkukuhkan sokongan muda kepada parti yang kini berusia 64 tahun.

Beliau berkata, generasi muda amnya amat berharap agar UMNO bersikap lebih terbuka kepada Pemuda dan dalam masa sama membimbing mereka agar tidak tersilap langkah. "Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikan kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat lagi kerana saya percaya Pemuda hari ini bukan Pemuda yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia," katanya dengan diiringi tepukan gemuruh oleh perwakilan dan pemerhati.

Khairy yang turut mengimbau mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), mahu Pemuda lebih jelas dengan falsafah Model Baru Ekonomi (MBE) yang sama sekali tidak mengenepikan agenda bangsa sebaliknya bertujuan mengemaskini cara pelaksanaan agar segala kelemahan DEB diatasi. Beliau juga menegaskan harapan Pemuda untuk bangsa adalah kejayaan yang hakiki dan kemajuan yang sejati dan tidak hanya sekadar tertumpu kepada mempertahankan hak, kedudukan dan keistimewaan.

"Kita perlukan naratif yang lebih berani demi mencapai kejayaan yang tidak kita kecapi sepenuhnya sebelum ini," katanya. Beliau berkata, naratif baru itu tidak hanya terhad kepada agenda ekonomi bangsa tetapi pendekatan baru yang lebih progresif juga melahirkan orientasi politik yang baru. Ketika meminta orang Melayu supaya berjiwa besar dan menghayati politik kesederhanaan, Khairy berkata sensitiviti bumiputera juga perlu dijaga dan mereka juga mesti memahami perasaan orang bukan Melayu.

Beliau turut menyelar politik pembangkang yang "cakap tidak serupa bikin" dan "politik raksasa bodoh", sambil mengingatkan Pemuda Umno supaya tidak mengikut jejak langkah pembangkang. Khairy juga berkata sebagai sebuah organisasi politik yang berteraskan pencapaian, hala tuju pergerakan itu wajar diukur dengan beberapa petunjuk prestasi seperti jumlah peningkatan keanggotaan baru dan mendaftar mereka sebagai pemilih.


Post by.... Melayu CinDia


8 comments:

melayurayadaily said...

blog saudara telah dilink ke http://melayurayadaily.blogspot.com
tq

Abu Garcia said...

Bila KJ jadi Menteri KDN ...boleh la bagi amaran banyak-banyak .... but know action ....hahahaha

pencinta kebenaran said...

ala..pandai je cakap si kitol ni..berambus la..

Anonymous said...

WATCH WHAT A MAN DO RATHER THAN WHAT THEY SAY.

KJ UMPAMA ULAR BERKEPALA DUA.

LAGI BAHAYA BEB.

FCUK KJ

melanau blogger said...

semoga kali ini dia betul, itu penting juga demi perpaduan orang melayu.

Anonymous said...

"KJ MENGAMUK DI PWTC !! - SABAR BRO !!"______MCM GENSTER

Anonymous said...

10 perkara tu dia cakap ada jugak yg kena balik kat diri sendiri..ahahaha KJ ni tak boleh jadi menteri, dia kena letak dibawah menteri dan timbalan dulu, kalau naik terus kan takut penyakit berjangkit pulak. Bertaktih mcm bayi kecil tak pa...jgn terus naik nanti terjunam pulak.

Gimik ja pemuda suh pm consider dia naik pangkat tu, saja jahat laa depa ni nak buat kacau. Kerja tak terkemana pun kalau nak compare dgn wanita lebih aktif.

Dennis said...

KJ ini dah expired kot. Ucapan Najib amat kontra dengan ucapan dia. Rasanya KJ patut undor diri saja, atau join Zaid masuk PKR.

Powered by Blogger.