Oct 30, 2010

KEMPEN PRK GALAS - PAS AKAN JEMPUT SULTAN KELANTAN !!





"Kita akan alu-alukan kehadiran Sultan Kelantan. Mungkin kehadiran Baginda akan beri kesan kepada pengundi." Itulah kenyataan Ketua Pengarah Pilihanraya DUN GALAS mewakili PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika ditanya media.

Beliau menafikan dakwaan bahawa kononnya akan mengheret Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad V untuk turut berkempen menyokong PAS. Tetapi, daripada kenyataan di atas, ternyata beliau akan cuba menghubungi Sultan Kelantan untuk turut berkempen bagi menyokong PAS.

Kenapa PAS begitu terdesak sehingga mempengaruhi Sultan? Apakah PAS sudah hilang rasa hormat terhadap Institusi Majlis Raja-Raja Melayu yang tidak akan mencampuri sebarang bentuk kempen politik?

Tetapi inilah PAS sebenarnya. Apabila mereka terdesak, mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memenangi hati rakyat, walaupun cara itu salah. Ini sedikit sebanyak akan mengaburi mata dan hati pengundi tentang kezaliman yang telah dilakukan PAS terutamanya dalam merampas hak tanah yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

Dahulu, PAS sering mengutuk UMNO dan BN kononnya menggunakan pengeruh Sultan dan Yang Di Pertuan Agong dalam mempertahankan kuasa Kerajaan. Kini mereka pula cuba menggunakan taktik yang mereka fitnah pada kita.

Malah, sebelum ini sekutu PAS yang juga pemimpin ulung mereka, Anwar Ibrahim memainkan isu 16 September dengan menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong bagi merestui pembentukan Kerajaan Baru Pakatan yang kononnya akan ditubuhkan. Akhirnya, rakyat ditipu.

Tapi Insyaallah, rakyat kini lebih bijak. Dan saya yakin, Sultan Kelantan, Tuanku juga lebih profesional dalam menjawab segala persoalan ini seterusnya membuat keputusan. Semoga Allah merahmati Tuanku Sultan Kelantan.

Daulat Tuanku..


Post by... Melayu CinDia


2 comments:

imanshah said...

salam sebagai rakyat kelantan ambo nak bagitahu ambo bantah sekeras2nya usaha mengheret tuanku sultan ke kancah politik!!

Daulat Tuanku

hahn said...

ini adalah tanda tanda awal sebagai pencari sebab untuk merosakkan Raja Raja Melayu dalam perlembagaan.

Dengan mengaitkan Raja dalam politik ini akan menghilangkan keyakinan rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman untuk berlindung di bawah tuanku.

Kelihatannya PAS menjadi alat untuk Anwar dan DAP untuk mencapai matlamatnya seperti yang telah di bocorkan baru baru ini.

Powered by Blogger.