Oct 30, 2010

HUSAM JILAT KUAN YEW - KERAJAAN KELANTAN ROMPAK TANAH RAKYAT!!








Mungkin inilah misi Bajet 2011 Kerajaan Negeri PAS Kelantan. Pelan ini akan lebih menjana ekonomi Negeri di samping memberi impak kepada rakyat. Rakyat? Pertemuan bersama Menteri Mentor Singapura, Lim Guan Yew menjadi titik permulaan Pelan ini.









Isu Tanah Ladang Rakyat Orang Asli yang sedang hangat diperkatakan mungkin salah satu langkah permulaan perancangan ini. Perkampungan Orang Asli telah menjadi sasaran utama Kerajaan Negeri kerana masyarakat di situ merupakan kaum minoriti.





Oleh itu, rampasan tanah dan penjualan kepada taukeh-taukeh Cina tidak menjadi masalah besar malah ianya sebagai langkah terbaik mereka bagi menghapuskan pengundi-pengundi BN.


Seperti yang kita sedia maklum, kesemua Peti Undi di kawasan Perkampungan Orang Asli memihak kepada BN. Maka, dengan cara sebegini, kaum minoriti ini dihapuskan sedikit demi sedikit. Beberapa lokasi telahpun dilancarkan antaranya di kawasan DUN Galas sendiri iaitu Pos Brooke.





Tidak kurang juga isu Pembalakan. Laporan Ketua Audit Negara 2008 telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri PAS Kelantan telah meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) meluluskan Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis dengan memberi alasan bagi menggantikan kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK) dan diberikan kepada sebuah syarikat swasta.







Syarikat ini sewajarnya membentang dan mengeluarkan sekali Laporan EIA sebagai syarat untuk menjadikan projek pembalakan tersebut sebagai projek perintis. Tapi apa yang berlaku syarikat tersebut gagal menyediakan Laporan tersebut.

Kerajaan Negeri juga sebelum ini bermati-matian menafikan pemberian konsesi oleh Jawatankuasa Tender Balak negeri tidak mengikut peraturan. Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan sendiri tidak perlu baginya menjalankan siasatan terhadap jawatankuasa berkenaan.







Sekejam itu rupanya Kerajaan Negeri PAS. Di mana sebenarnya misi sebenar mereka sebelum yang mahu membina sebuah Kerajaan Islam sehebat Baginda Rasullullah saw? Mana perjuangan mereka yang dilaung-laungkan iaitu Membangun Bersama Islam?

Inilah realiti PAS sebenarnya. Kelantan yang telah diperintah parti ini selama 20 tahun tidak pernah memberi sebarang hasil ekonomi pada rakyat. Malah, bak kata Anwar Ibrahim, penjanaan ekonomi telah diagihkan kepada kroni-kroni mereka. Ayat itu terkena pada sekutu beliau, Nik Aziz dan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Adakah anda masih ingin memilih PAS? Di mana Islam yang dicanang mereka sebagai wadah perjuangan sebenarnya?


1 comments:

Anonymous said...

Apa namanya mengambil royalti minyak yg sepatutnya mnjd milik Kelantan...bknkah ini dinamakan 'DAY LIGHT ROBBERY'.dlm x dpt royalti mnyk pun klntn masih boleh mengurangkan hutang kjaan negeri...mentadbir kewangan dgn cekap..menurut laporan Audit Negara..ini diakui bnyk pihak kecuali pemimpin2 BN..mengapa tidak diwar2kan perkara ini..hny org kelantan saja yg tau perkara ini.Insyaallah PAS akan memegang tampuk pemerintahan di Klntn..

Powered by Blogger.