Oct 27, 2010

HATI KU LI TAK SEKECIL YANG DI SANGKA !!





Sebagai ‘otai’ Tengku Razaleigh Hamzah tahu apa yang terbaik untuk memastikan kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) di Dun Galas 4 November ini. Ahli Parlimen Gua Musang itu memilih untuk memulakan kempen rasminya malam pertama dengan mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua masyarakat orang asli di kediamannya di sini. Beberapa wartawan termasuk wartawan dari Agendadaily mengikuti perkembangan ini. Beberapa bingkasan telah saya kaji melalui soalan2 yang ditujukan wartawan tersebut.

Beliau dikatakan bersahaja, menjawab soalan media dalam sidang media tanpa dirancang itu. Soalan utama tentulah soal misteri ketiadaannya bersama pemimpin-pemimpin BN di khemah VIP Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sebelah paginya. Ketiadaan Ku Li jadi cakap-cakap kononnya ada retak dalam jentera BN yang diketuainya. Ketika diajukan soalan itu, jawab Ku Li mudah.

“Saya dah selalu ke Pejabat Tanah dan Jajahan itu, kebetulan rakan-rakan saya (pemimpin BN) ada berhimpun di situ. Tidak semestinya semua orang ke sana,” katanya. Berkenaan dakwaan kononnya dia ‘kecik hati’ dengan calon BN Abdul Aziz Yusoff, Ku Li sambil ketawa, soal balik “Nak kecil hati kenapa, calon itu memang saya sokong seratus peratus.

“Dan beliau dipilih oleh AJK UMNO Gua Musang, semasa kita adakan rundingan dengan undi yang paling banyak sekali.

Jadi itulah nama yang saya kemukakan kepada Datuk Seri Najib untuk beliau putuskan. Beliau dapat undi yang terbanyak.,” katanya sambil berkata memang menjadi kebiasaaan dalam pilihanraya, pemimpin BN cuba dilaga-lagakan oleh lawan. Sebagai orang lama, tidak mudah menari ikut gendang pembangkang. Dia tahu menari ikut gendang dan paluannya sendiri.

Gaya kempen yang diarahkan beliau untuk pilihanraya di Galas ini juga berbeza dari beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. Kalau sebelum ini, semua arahan untuk jentera UMNO berpusat di ‘command center’, Ku Li sebaliknya memutuskan sebaliknya.

“Saya fikir ada baiknya, kalau kuasa itu diserahkan kepada peti undi masing-masing. Kerana segala kegiatan sepatutnya tertumpu di peti undi, kerana ahli-ahli, penyokong berada di situ, dan kita patut mengawal pengundi yang berada di peti undi.

“Kita tetapkan seorang AJK Bahagian jaga satu peti undi, saya serahkan kuasa saya kepada mereka. Jadi mereka buat keputusan sendiri, jika ada masalah, saya akan bantu untuk selesaikan, tapi di peringkat perlaksanaan, biar mereka yang putuskan,” kata beliau. Menurutnya, cara itu lebih baik untuk mengepung pengundi.

“Bila kita libatkan jentera di peringkat bahagian untuk jaga peti undi, dan beri mereka kuasa, ia lebih mudah, kerana mereka kenal pengundi, dari situ kita tahu, mana yang ‘hitam, kelabu dan putih, Jika ada masalah berbangkit, baru saya masuk campur, jika tidak ketua-ketua peti undi ini bebas menentukan bentuk program yang mereka mahu untuk pastikan pengundi memilih BN dalam pilihanraya ini,” katanya. Sebab itu, kata beliau, jentera luar hanya digunakan untuk membantu sahaja, tulang belakang kempen di peringkat peti undi, adalah jentera tempatan.

“Siapa hendak datang, dialu-alukan, kita tidak halang, Cuma kita hendak selaraskan kegiatan semasa kita berkempen,”katanya. Selain, kaedah itu boleh ‘kepung pengundi’, kata Ku Li, ia juga memastikan tidak ada pertindihan program yang diatur untuk penduduk di Dun Galas. Jika terjadi juga pertindihan, maka lebih mudah untuk mengatur semula, kerana jenteranya, jentera tempatan yang tahu selok belok kawasan.

“Biar semua dapat, jangan hanya bertompok, bila jentera tempatan yang uruskan, mereka tahu, kawasan mana yang perlu, beri lebih tumpuan dan sebaliknya,” kata beliau lagi. Kaedah itu memang praktikal, sebab itu juga, kata Ku Li, beliau tidak galakkan ceramah besar-besaran.

Hujahnya mudah, jalan-jalan di Galas sempat, kalau buat ceramah besar-besar, banyak gangguan, lagi pulak, katanya merosakkan jentera di peti undi, apabila bila jentera yang sepatutnya ‘kepung pengundi’ pergi dengar ceramah sekali.

“Kita rugi, dari segi kegunaan tenaga, saya fikir baiklah kita lebihkan program kelompak yang terus kepada kumpulan sasaran. Semua boleh turun bantu, menteri tak menteri, semua dialu-alukan, tapi di peringkat peti undi, saya pun walau, sebagai pengarah pilihanraya, tapi saya akan berkerja seperti gurkha, bila saya diperlukan,” katanya. Mengenai semangat jentera, kata Ku Li, ada perbezaan ketara dengan pilihanraya umum 2008 lalu.

“Bila kita turunkan tanggungjawab kepada mereka, semangatnya lain sikit, bertambah motivasi, apatah lagi bila bantuan dari rakan-rakan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kita tunggu dan lihat maklum balas dari jentera dalam sehari dua ini, mana yang lemah kita akan bantu, kita akan baiki dan sokong,”kata beliau.

Inilah sifat Ku Li yang sewajarnya dijadikan contoh. Galas dan Gua Musang sudah sebati dengannya. Namun, beliau tetap akan memastikan ADUN2 di kawasan beliau mempunyai sikap dan semangat jiwa rakyat seperti yang dipupuk beliau.

Penerangan seperti ini yang didedahkan Agendadaily wajar dipuji. Syabas.


Post by... Melayu CinDia



1 comments:

Anonymous said...

[url=http://www.canadagoosejackorbilligt.com]canada goose[/url]
Det verkligen ingen ha ett behov av att lämna hem tjäna miljoner, eftersom denna värdefulla möjlighet knackar rätt kommer du till din favorit entré , för att inte tala väntar bäst varmt mottagande som du tjänar detta väg att positivt större vinster.
,[url=http://www.canadagooseistockholm.com]canada goose jacka[/url]
Bara som omfattar 1 stor sällskaplig test, varav kan trycka begränsningar, som utgör vår principer som allt conitinues längs och Utöver inrätta den typ av algoritmer att låta dem variabler oväntade igår.
http://www.canadagooseistockholm.com
 En persons auditiva dyslektiker kan höra bokstaven även kallad ord rörig som, och därmed ofta inte att hjälpa dig att upprepa något så detta företag något hörde stund sedan. De flesta familjer förknippar dyslexi överväger läsa min artikel svårigheter.

Powered by Blogger.