Oct 25, 2010

GALAS PESAT M'BANGUN - PAS HATI BUSUK, DASAR TAK KENANG BUDI !!





Alhamdulillah, Melayu CinDia selamat tiba di Gua Musang bersama rakan seperjuangan dari Wangsa Maju, Melayu Atas Pagar (Blog Gelombang Wangsa Maju).

Pertama kali tiba di sini, terkejut juga melihat pembangunan Bandar Gua Musang yang hampir kesemuanya dibina KESEDAR untuk penduduk Gua Musang. Nak diharapkan Kerajaan Negeri Kelantan, agaknya Gua Musang ini lebih teruk dari Gua Batu Caves..

Beberapa lot kedai dibina di bawah KESEDAR khas buat penduduk bumiputra di Gua Musang. Ianya memberi ruang kepada bumiputra untuk berniaga dengan lebih sistematik dan berdaya saing.

Inilah hasil pembangunan yang dititikberatkan Kerajaan Persekutuan. Untuk Rakyat.. Demi Rakyat. Kepada pengundi, fikirlah sejenak nikmat yang diperolehi di Gua Musang.

Jangan lupa ikuti perkembangan terbaru PRK Galas. Saya bersama-sama rakan-rakan blogger yang akan membongkar apa yang benar dan apa yang tidak benar mengenai dakwaan busuk yang dilemparkan pembangkang.

Terima Kasih Ku Li... Terima Kasih BN Gua Musang... Terima Kasih Kerajaan Persekutuan..


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.