Oct 4, 2010

BALING KERUSI - MIC GELAK BESAR.. PKR SUDA KENA CANDU !!







Ada orang MIC kata habislah depa. Title baling kerusi dan kung fu fighting sudah bukan milik depa lagi. Semua orang yang dok sembang dengan depa tumpang gelak keras perut. Mungkin ini adalah tranformasi politik alaf baru Malaysia oleh PKR...kalau mau guna bahasa-bahasa gengsi ikut kata orang Indonesia tentang stail parti yang guna tema ‘adil’ ni.

Hebat betoi budak-budak PKR sampai orang MIC pun kagum dengan budaya mesyuarat dan pemilihan jawatan PKR. Dulunya apa sikit kalau gaduh saja dalam mana-mana mesyuarat semua orang terus terbayang pada MIC. Maka sekarang Datuk Seri S Samy Vellu yang kebetulan kata nak bersara Januari ni boleh berlapang dada menyerahkan title ‘ kaki gaduh’ masa mesyuarat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rasa-rasanya sejak zaman Malaya merdeka dulu belum ada parti politik buat gile macam ni. MIC pun dulu sekali sekala saja kes baling kerusi. Ini PKR cukup dengan sepak terajang,kerusi terbang,kertas undi bertabor,jerit pekik,boikot,bertekak,ada yang berbalut kepala ke hospital dan segala macam lagi.

Ada kawan golek kepala kata kalau depa-depa ni dapat perintah negara.. ayo..yo..yo...alamak tuan. Katanya dia rasa budak sekolah tadika pun boleh gelak kalau depa faham apa yang budak-budak PKR dok berebut sakan itu...jawatan.

Ada juga Kawan dengar budak-budak PKR nak bagi excuse kononya depa parti barulah, first time sistem pemilihan barulah dan segala macam lagi.Kalau nak kira umur PKR dah 10 tahun sejak zaman Parti Keadilan Nasional ditubuhkan lepas kemuncak Reformasi tahun 1998. 10 tahun baru ke ?

Ini bukan parti tuperware...ini parti orang dewasa.Ada doktor,loyar,orang koprat ada ada ijazah berjela-jela.Parti yang penyedap cakapnya sentiasa berteraskan masyarakat madani dan keadilan sejagat. Cakap saja beb...nampak jawatan mata berpinau...lupa dunia...hilang malu.

Dah tu kalau sistem pemilihan stail baru…hang tak buat kajian dulu ke…try pi try mai,bincang pi bincang mai baru jalan...atur dengan baik. Bukan kah sebelum ini cakap hebat sangat...parti orang lain semuanya tak betoi...depa saja yang betoi. Ni nampak gaya ini kes main bulldoze aje.Semua dah set nak pegang jawatan…kasi hantam saja.

Pokok pangkalnya pada hati beb. Kalau tak ada nafsu besar nak berebut...semua pasti aman damai. Apa yang malunya parti ini kononnya parti reformasi…parti orang intelek…parti orang yang mahu pada perubahan...parti rakyatlah. Kantoi beb... kantoi. Pak Sheikh @ Anwar tengah dok control macho aje tu...tengok pemilihan PKR lintang pukang macam nak rak .

Ni dia belum dengar lagi beberapa beberapa kawan budak PAS pun dok gelak tengok rakan taulan depa punya karektor tu. "Ana malu le mau cakap pasal PKR," bisik seorang dari kawan tu. Sebenarnya, kung fu fighting di serata tempat ni adalah wajah sebenar di sebalik topeng PKR selama ini.

4 comments:

Anonymous said...

Lihatlah Anwar sendiri...malulah..ini pula parti yang dinasihati..pengikut tok sah cakaplah..

iKAnBUNtal said...

ha..ha...
penasihat ke atau....punahsihat

Esperalzi said...

Aku nak tunggu orang2 PKR lambung pemimpin2 mereka yg mereka tak suka. Kalau dah ke tahap ni, even MIC pun kalah. Org2 Tamil Nadu pun kalah. Nasib baik budaya baling objek bukan budaya Indon, kalau tak Indon2 tu dah lama merusuh org2 Malaysia curi budaya mereka..

Anyway, org2 PKR ni pengamal demonstrasi/tunjuk. Mereka suka tunjuk perasaan. Kalau bab tunjuk perasaan mereka memang jaguh. Selama ni mereka suka tunjuk perasaan di jalan2, penunjuk perasaan jalanan katakan. Sekarang mereka dan maju setakuk lagi, mereka tunjuk perasaan dalam bangunan, dah jd penunjuk perasaan dalaman. Cuma bezanya dalam kes tunjuk perasaan dalaman ini, mereka lawan sesama mereka.

Semua ni mereka belajar dari AnWAR Ibrahim yg memang suka galakkan rakyat bertunjuk perasaan. Dia belajar dari Indonesia, dia pemuja dan pencinta budaya Indon yg memang suka tunjuk perasaan.

Aku nak tunggu org2 PKR baling TAIK sesama sendiri. Sebijik macam yg dibuat oleh BENDERA (Bentaik Demokrataik Rakyataik)dari Indon tu...

Anonymous said...

wei...bahaya..weh
meh ramai2 keluar pkr...sebelom kena tetak dalam mesuarat...
takut plak..mesuarat akan datang dorang bawak parang dan pistol plak..
eeee seram..

Powered by Blogger.