Oct 17, 2010

BAJET 2011 - UST. NASHARUDIN PUJI NAJIB, PERTIMBANG SERTAI UMNO !!





Bajet 2011 yang dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah Pemimpin Politik. Hampir kesemua Pemimpin komponen BN memberi reaksi positif terhadap Bajet 2011.

Pembangkang pula seperti tahun-tahun sebelum ini, sentiasa tidak berpuas hati dengan Bajet Kerajaan Persekutuan. Masing-masing memberi reaksi negatif dan tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara.

Peliknya, dari kesemua Pemimpin Pembangkang, tersebut seorang Pemimpin PAS yang memuji dan menyokong sepenuhnya Bajet 2011. Hairan? Pendirian beliau tidak sama dan sealiran dengan rakan-rakan Pembangkang beliau yang lain. Siapa? Individu tersebut tidak lain tidak bukan, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

"Kami amat menghargai insentif yang diberikan pihak Kerajaan. Beberapa insentif termasuklah Hal Pembankan dan Kewangan Islam sewajarnya diberi pujian sepenuhnya". Itulah komen yang diberikan Ahli Parlimen Bachok ini. Lain macam bunyinya.

Berlainan pula dengan pendirian rakan-rakan beliau yang lain. Anwar Ibrahim memberi komen dengan nada keras mengatakan "Bajet ini tidak jelas. Ia hanya mengetengahkan beberapa projek besar yang boleh rakyat anggap mencukupi. Isu pokok dalam pertumbuhan ekonomi Negara tidak ditangani dan saya akan jawab semuanya Isnin nanti. Tapi saya suka apabila harga Seluar Dalam diturunkan... Hehehehe".. Aik... Jangan mara ha...

Begitu juga reaksi dari Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, "Saya melihat, bajet ini tidak mencapai maksud untuk menemui rakyat bawahan. Transformasi ekonomi tidak diterjemahkan dengan bajet pada golongan sasar". Pulak.... Pandai pula sebut Transformasi. Kenapa? Tiada lagi perkataan Reformasi ke?

Daripada kenyataan ketiga-tiga Pemimpin ini, jelas Ustaz Nasharuddin menyokong Kerajaan BN pimpinan UMNO. Tapi, apakan daya. De Facto PAS, Nik Ajis tidak dapat menerima UMNO. Mengamuk la Pak Nik Ajis lepas ni. NASHA....Keluar, mu keluor dari PAH... Cilako, Cilako, Cilako.


Post by... Melayu Cindia


6 comments:

jiwakita said...

salam.....

saban tahun kerajaan BN bentangkan
bajet..saban tahun jugalah para
pengkritik menampakkan ke'bejat'tan.

Kerna setiap bajet telah sampai maksud(berjaya melonjakkan ekonomi
negara,pelabur dan rakyat).

Mereka ada agenda tersembunyi yg akhirnya rakyat juga dapat menghidu
hancingnya siapa yg kencing kuat!!

jadi relevankah setiap masa mengkritik bajet negara????

apapun syabas Uz. Nasha anda bijak!!..yg lain? BACK TO SCHOOL LAHH!!!

Tamingsari said...

Taming sari memang suke sangat kalo ustaz nazaruddin masuk UMNO...

haha... Tok guru gilo sure jadi gilo..

Pena Agenoz BERBISIK... said...

Salam Ukhwah

Maaf PAB berkata2 ;

PAB hanya mampu berdoa agar ramai ulama' PAS menyertai UMNO agar org2 alim ini dpt bersama kumpulan cendekiawan dan moden di dlm UMNO utk mengtranformasikan UMNO KEARAH UMNO YG LEBIH ISMAMIK DAN KOTEMPORARI

berbulumatahitamku said...

SALAM KEPADA USTAZ NASHARUDIN. SEMOGA DIBERI HIDAYAH UNTUK BERSAMA-SAMA UMNO BERJUANG DEMI PRINSIP ISLAM YANG TAK BOLEH DIPERKOTAK KATIKKAN DAN DEMI MELAYU YANG TAK BOLEH DIPERMAINKAN OLEH AL-KAFIRUN.

Pak Tam said...

Ust Nasa sepatutnya kau menyertai UMNO. Jika awak terus bersama PAS, fikiran awak akan bercelaruan spt tok guru nik ajis.

harap dpt linkkan dgn blog saya
http://suara1umno.blogspot.com

Anonymous said...

setuju dgn budget xsemestinya setuju ng dasar umno..klu x die xla duk dlm PAS..PAS kebanyakannya tidak bersetuju dgn dasar UMNO sahaja. tentang budget tu,tu baru pendapat individu.tidak dibincangkan lagi.ble dah bincang br laa timbul persoalan2 nya..wallahualam

Powered by Blogger.