Oct 16, 2010

AZMIN UGUT BUNUH ZAID IBRAHIM??





Walaupun tidak puas hati kerana aduannya tidak dilayan, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim akhirnya membuat keputusan untuk kekal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Zaid dalam satu kenyataan yang disiarkan di blog peribadinya berharap, borang pencalonannya yang diisi lengkap akan diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan parti itu.

“Saya akan menerima pencalonan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Walaupun cadangan saya supaya proses pemilihan diubah suai untuk memastikan tidak ada penipuan dan salah guna kuasa oleh pihak tertentu tidak dilayan (surat pun tak jawab). Saya telah menerima desakan penyokong di seluruh negara bahawa biarlah apa berlaku, lawan tetap lawan,” kata beliau.

Menurut Zaid, apabila beliau jadi Timbalan Presiden nanti, PKR akan lebih bersepadu dan kukuh, ahli di bawah akan mendapat layanan yang lebih daripada pemimpin di atas.B"Pemilihan parti tidaklah seperti sekarang. Mereka yang tidak setuju dengan pendapat saya tidak akan disisih. Kem dan puak akan berkurangan. Calon pilihanraya akan dibuat secara terbuka dan demokratik,” janji beliau. Menurutnya lagi, beliau tidak mampu berjanji akan membawa kita semua ke Putrajaya seperti yang dilaungkan oleh calon-calon lain, kerana dirinya bukan Ketua Pakatan Rakyat.

“Cuma persediaan untuk kemenangan besar mestilah bermula dengan beberapa kemenangan kecil. Kemenangan seperti memupuk perpaduan ahli, kemenangan mencari dana yang cukup untuk jentera parti, kemenangan mencari calon yang direstui dan disokong oleh orang tempatan, dan bukan kerana mereka kenal orang kuat parti. Ini akan saya lakukan,” ujar beliau.


Post by... Melayu CinDia


1 comments:

melayurayadaily said...

terima kasih, tahniah mantap dan blog GR telah dilistkan diMelayurayadaily. selamat berjuang.

Powered by Blogger.