Oct 5, 2010

AZMIN BUDAK KOPI - HEBAT SANGATKAH ARMAN AZHA??





Benarlah kata Tun Dr Mahathir Mohamad fasal ‘Melayu Mudah Lupa’. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentam mantan Perdana Menteri ekoran kes liwatnya yang menyebabkan Anwar hilang jawatan timbalan perdana menteri. Padahal Mahathirlah yang membawa Anwar menyertai UMNO sehingga beroleh kedudukan dan kekayaan.

Namun, semua itu dilupakan oleh Anwar apabila beliau berterusan menyerang Dr Mahathir dan cuba menjatuhkan negara melalui gerakan Reformasi. Kini, ibarat pepatah ‘Guru kencing berdiri, murid kencing berlari’, sikap mudah lupa diwarisi anak emas Ketua Pembangkang itu, Azmin Ali apabila menyifatkan Dr Mahathir sebagai pemimpin yang sedang tersungkur. Azmin juga contoh Melayu Mudah Lupa kerana beliau juga beroleh kedudukan dan kekayaan kerana bekerja dengan Anwar yang ‘dinaikkan’ oleh Dr Mahathir.

Tanpa negarawan negara itu, siapalah Anwar begitu juga Azmin. Bagaimanapun, Azmin memilih mengigit tangan yang memberinya makan sebelum ini. Azmin lupa, beliau juga dalam UMNO bersama-sama Dr Mahathir dan ramai lagi pemimpin PKR lain termasuk Anwar sebelum keluar kerana kes liwat Anwar.

Adakah wajar pemimpin hingusan sepertinya menghina Dr Mahathir walaupun mantan Perdana Menteri itu bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) memperjuangkan agenda demi perpaduan orang Melayu serta mempertahankan hak-hak dalam perlembangaan?. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tindakan Naib Presiden PKR itu memang tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai akhlak yang baik seorang pemimpin.

"Ini tak sepatutnya berlaku. Kita dalam politik, kita mesti ada nilai moral dan akhlak dan sebagai manusia kita juga mesti hormat menghormati. Tun Mahathir adalah seorang negarawan ulung yang sudah banyak berjasa kepada negara," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Azmin hari ini yang menyifatkan Tun Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur" di negara itu.

"Azmin sepatutnya berpandu kepada perasaan kemanusiaan. Apabila Tun Mahathir uzur dan masuk hospital, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Tun cepat sembuh dan pulang untuk berkhidmat kepada negara atas kapasiti beliau sebagai mantan Perdana Menteri. Jadi kenyataan itu tidak sepatutnya timbul kerana kita saling hormat-menghormati. Tak tahulah kalau begitulah kepimpinan dalam PKR," katanya

Sebenarnya, Azmin menunjukkan contoh bakal pemimpin PKR yang sanggup berkata apa sahaja termasuk melupakan jasa negarawan itu dengan menghina Dr Mahathir. Sebab itu bukan Muhyiddin sahaja yang kecewa dengan kenyataan Azmin malah ramai lagi akan menyuarakan nada yang sama. Azmin sudah menampakkan sikap bongkak dan angkuhnya sebelum terpilih jawatan Timbapan Presiden PKR dalam pemilihan parti November ini. Bayangkan kalau pemimpin yang tidak menghormati orang tua dipilih menerajui PKR.

Sebab itulah, memang tepat Ketua Pemuda PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah berkata, Mustaffa Kamil Ayub adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari ABIM.

“Mustaffa dari ABIM, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu. Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar,” kata Arman.

“Azmin seharusnya menunjukkan hormat kepada negarawan atas sumbangan beliau kepada negara. Azmin tidak layak untuk menjadi ahli politik,” katanya lagi.

ARMAN AZHA?? SIAPA DIA NI?? KELANTANGAN BELIAU SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN SEMUA.... DAYA KEPIMPINAN PEMUDA MALAYSIA...

KHAIRY???? SEDIH !!!!!!!!



Post by.... Melayu CinDia



5 comments:

Anonymous said...

geli aku nak ulas pasal asmin nihh. bdak gay yg kasi bini ditaram bos....eerkkkkhhtuihh....

Anonymous said...

bdk KOPI pown Xlayak, budak LAP JUBOQ anwarosakjiwa BOLEHHH!!!

Anonymous said...

kalau laa Arman Azha dia lantik ketua pemuda, confirm pemuda UMNO skg ader telor...tk mcm ketua pemuda skg nie, bodoh nk mampus..

kingnek said...

arman azha tu memang berani, dia gempur Namewee sampai cina takut nak promosi album namewee

Anonymous said...

Arman mmg sgt berani

Powered by Blogger.