Oct 10, 2010

AZIZAN MABUK AIR?? - PAS KEDAH DESAK LETAK JAWATAN!!!





Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Okt lepas. Wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air, Abdullah Hashim berkata demonstrasi dan memorandum itu dibuat bagi membantah kenaikan tarif air yang dibuat kerajaan negeri dan Sada kerana ia tidak wajar memandangkan ia amat membebankan rakyat di negeri ini.

"Saya amat kesal dengan beliau (Azizan) yang sengaja membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air bermula 1 Okt lalu," katanya

Katanya dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS berjanji akan menjaga kebajikan rakyat dengan menurunkan caj air dan meningkatkan kualiti bekalan air di negeri ini namun ia tidak ditunaikan oleh Azizan.

Abdullah yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Kedah berkata sejak kerajaan negeri diambil alih oleh PAS, kualiti air di negeri ini pada tahap yang tidak memuaskan dan saban hari mereka terpaksa menggunakan air yang berkeladak dan berwarna kuning.

"Ini membuktikan kerajaan negeri pada hari ini tidak peka dan perihatin dengan nasib yang menimpa rakyat. Ia tidak seperti sewaktu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengambil berat mengenai nasib rakyat dari semasa ke semasa," katanya.

Sehubungan itu jika Azizan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, mereka mahu Azizan meletakkan jawatan segera dan digantikan pemimpin lain yang mampu melakukan tugas dengan baik dan mahu membela nasib rakyat dan bukan cakap-cakap kosong

Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Dalam memorandum berkenaan, kumpulan itu mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin, mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat dan mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.

Beliau sebelum itu menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman di Pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman di sini hari ini. Turut serta dalam demontrasi itu adalah bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau Mohd Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah Md Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail.

"Beban yang sama turut ditanggung oleh 12 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Kedah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh serta tidak mendapat peruntukan oleh kerajaan negeri bagi membayar bil air yang dikatakan terlalu tinggi itu," kata Abdullah.

Beliau berkata ini membuktikan kerajaan negeri hanya membuat janji-janji kosong kepada rakyat bagi meraih simpati daripada rakyat Kedah supaya menyokong PAS agar membolehkan mereka memerintah kerajaan negeri seperti sekarang.


Post by... Melayu CinDia


6 comments:

aiman said...

Apa dah jadi. Kini kita lihat Ahli-Ajli PAS sendiri tampil membuat demonstrasi membantah kenaikan tarif air. Dahulu kita dah lama daah membantah bahkan segelintir fanatik PAS yang mempunyai kepentingan menyangkal malah menuduh puak UMNO bermacam-macam dan berbagai fatwa dikeluarkan.

Kita bukannya anti PAS. Kita suka PAS kiranya laksanakan apa yang dikata. Tetapi apa yang dikatakan semasa kempen hanyalah gula-gula politik dan helah retorik semata-mata. Kita lihat PAS sanggup canang sana sini semasa kenaikan harga minyak dan bermacam-macam tohmahan serta keji mereka lemparkan. Kini bila depa perintah baru depa tahu dan sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu hanyalah sendiwara dan lakonan pentas untuk mendapat kuasa dan wang sebenarnya. Akibat meracun pemikiran rakyat, menyebabkan setengah fanatik dan ekstrim melakukan pemulauan atau memutuskan silatutrahim sesama islam bahkan mengkafir sesama islam, mengharamkan yang halal, halalkan yang haram bahkan kaum kafir dianggap saudara sejati dan sesama islam musuh yang nyata.

Kembalilah kepangkal jalan, kerana Allah sentiasa memaafkan hambanya dan bagi kesalahan semasa manusia haruslah pemimpin itu memohon maaf sesama manusia dan bagi sipulan yang mati wallahualam.

Anonymous said...

Rupa-rupanya lebih susah memerintah dari membangkang!

kontolan said...

membangkang hanya perlu gunakan air lior basi degan kepala lutot!!!...memerintah kena gunakan kepala otak!!!! padan muka hamPAS and pencacainya......

Melayu Pasir Gudang said...

itu cuma sedikit ujian yang allah berikan selepas memerintah,semoga selepas PRU 13 PAS akan jadi pembangkang semula.
mohon linkkan www.melayupasirgudang.blogspot.com menjadi sahabat tuan.

Anonymous said...

Azizan dengan Nik Aziz sama saja putar alam Azizan loghat kedah Nik Aziz loghat kelantan semua nya penipu rakyat tak dak satu pun yg dibuat untuk rakyat semua nya janji kosong sampai bila nak berbohong dengan rakyat allah itu maha adil sekarang kau jawab lah Azizan dengan rakyat jangan selalu letak kesalahan pada org lain masa BN perintah tak pernah air naik rakyat tak dibebankan dengan caj air yg terlalu tinggi air bukan nya isu global kalau minyak tu bolih lah percaya ni air negeri yg tabir sendiri bukan nya air tu di beli dari luar negeri kalau tipu tipu sikit tu biasa lah ni sampai rakyat tak mampu nak bayar apa cete ni Azizan MB serba tak tahu.Pas selalu kata UMNO punya pasal apa sangkut paut dengan UMNO kalau tak tahu memerintah bagi balik kat UMNO/BN kedah tu UMNO/BN bolih selesai dengan sekelip mata saja turunkan balik caj air bayar hutang kat sada habis cerita rakyat akan nikmati air bersih semula selagi pas perintah kedah air tak akan selesai rakyat akan susah sampai bila bila dibawah pentabiran pas Kedah kelantan sama.

Anonymous said...

tu baru perintah negeri..kalau negara apa lagi nk di naikkan..akhirnya rakyat naik muak..mual..n naik darah...tak amanah tanda nye munafik tu...betul tak ustaz pas..ada fatwa baru kot ..di boleh kan menipu rakyat bila dah ada kuasa pemerintahan..

parah ni...

Powered by Blogger.