Oct 28, 2010

ALLAH TELAH BONGKAR PENIPUAN PAS !! - SHAFIE APDAL.








Inilah ayat yang dibaca oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Apdal menggambarkan keperibadian Calon Barisan Nasional, Abdul Aziz Yusof. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Pekebun-Pekebun Kecil anjuran RISDA dengan kerjasama KESEDAR dan KEMAS. Program ini diadakan di Kampung Lempang Jaya disusuli pula di Lepan Tupai.


Beliau yang juga merupakan Naib Presiden UMNO menjelaskan bahawa Pembelaan Umat oleh Pemimpin amat dititikberat di dalam Barisan Nasional. Masyarakat Kelantan sewajarnya lebih insaf dengan kekejaman yang berlaku di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri kini yang tidak berlaku adil dan lebih mengaut kekayaan melalui hasil Negeri.


Beliau mengambil contoh keadaan yang berlaku di Perkampungan Orang Asli di Gua Musang di mana PAS dengan rakus merampas tanah dan menjual kepada taukeh-taukeh Cina menyebabkan penempatan kaum minoriti ini semakin mengecil.

Selain itu, hasil balak yang ditarah dan dibuat bagi menjana ekonomi Negeri tidak menampakkan sebarang kesan terhadap pembangunan serta kebajikan rakyat Kelantan.

"Banyak petunjuk yang Allah telah tunjukkan kepada rakyat dengan pembongkaran demi pembongkaran mengenai penipuan Kerajaan Negeri PAS terhadap PAS," kata beliau.

Berbeza dengan Kerajaan Persekutuan. Melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan beberapa Agensi seperti RISDA dan KESEDAR, pelbagai bantuan kebajikan dan ekonomi diberikan kepada penduduk-penduduk luar bandar termasuklah penanaman Getah dan Kelapa Sawit.

Selain itu, Dato' Seri Shafie Apdal juga mengumumkan penambahan jumlah bantuan kepada pekebun kecil dibawah RISDA dari RM 7000 kepada RM 9000.


Selain itu, pihak Kementerian juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga Wanita yang menetap di kawasan luar bandar.


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.