Sep 23, 2010

SEDEKAH RM 4BILLION - SALAH KE?? TAK SALAH KAN??





Waktu mula-mula mendapat khabar dari Kota Bharu mengenai pemberian cek replika RM 4 billion syarikat I'DA World Group kepada adik Datuk Nik Aziz Nik Mat Ahad malam lalu,bagai nak tersembur keluar air kopi yang sedang dia minum.

Ini kerana dalam sejarah negara sejak Malaya sampai ke Malaysia sekarang belum ada yang ‘buat gila’ atau ‘kaya gila’ boleh bagi derma sebanyak itu apa lagi kepada sebuah parti politik, yang kebetulannya PAS.

Bukan le nak cakap soal politik di sini PAS ke UMNO ke parti apa ke. Kita pun tumpang bengong dua tiga hari nak tolong kira dan bayangkan duit berbillion yang depa nak derma tu. Kalau betullah bagai empunya cerita sebenarnya saya pun nak tumpang bangga kerana ada syarikat Melayu world standard dan punya hebat macam tu sekali.

Ini lebih-lebih lagi bila kami tengok website syarikat tu.Wow jumlah aset kumpulan tulis di situ USD 2.7 trilion. Calculator saya macam nak pecah otak dan semput cuba kali RM3 dengan USD 2.7 trillion tu untuk dapat RM 8.1trillion. Ini bunyinya macam bukan sahaja syarikat terkaya di Malaysia tapi juga terkaya di dunia. Kata website tu pula pegangan banknya ialah 104 bank terkemuka di 74 buah negara.

Nama-nama kumpulan bank yang disenaraikan pula paling top dalam dunia seperti Llyods Bank ,UBS Switzerland dan Citibank. Pokok pangkalnya segala di website tu cerita mengenai syarikat yang berpejabat di Glomac Business Centre,Kelana Jaya,PJ ni boleh buat orang terbeliak mata….nombor satu all the way .

Memanglah kalau betul apa dicerita takat RM4 billion tu ciput sajalah berbanding aset RM 8.1 trillion. Seronok juga tengok gambar-gambar para pegawai syarikat jumpa orang-orang besar Kelantan. Selain Nik Aziz juga Timbalan Menteri Besar dan pegawai kerajaan negeri. Tengok cara macam satu Kelantan mau dibangunkan dengan projek berbillion oleh syarikat yang sebelum ini sapa pun tak pernah sebut.

Rasanya usahawan-usahawan besar Melayu dan tauke-tauke Cina di KL pun naik pengsan mendengar kehebatan syarikat ni. Kalau dari segi strategi publisiti….memang hebat.Dari orang tak kenal tiba-tiba jadi syarikat ‘meletop.’ Janji meletop.

Logik akal mana pernah dengar ada syarikat yang nak bagi derma RM4 billion main bagi-bagi cek begitu saja pada adik MB yang terkebil-kebil naik atas pentas...kata tak tau apa benda. Biasannya kalau betulah macam tu punya hebat mungkin iklan dah koyak rabak dipasang di semua akhbar dan stesyen tv. Saya tak salahkan Nik Aziz kalau dia kata nak blacklist syarikat yang ‘buat hal’ ni di Kelantan.

Kata MB tu ini berikutan dakwaan tidak berasas syarikat tersebut kononnya telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini. Macam mana ni penasihat-penasihat Tok Guru tak check betul-betul sebelum bagi jumpa bos depa.

Ini boleh bikin malu besar pada mereka dan keluarga mereka. Masyarakat dok kata ini betul-betul kerja syarikat stuntman. Tak taulah siapa yang kencing dan kena kencing dan nak terkencing.

Kalau nak kira memang seronok tulis panjang-panjang bab ni bila selak dan selak lagi website syarikat tu tapi eloklah hal-hal macam ni dijadikan pedoman. Kalau tak hati-hati nanti makin ramai yang terkencing.


Post by.... Melayu CinDia



0 comments:

Powered by Blogger.