Sep 30, 2010

PKR TERUS DIANIAYA - INI SEMUA KERJA UMNO !!






Punggah, belum habis lagi orang bercakap pasal kecohnya Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR di Selangor hujung minggu lalu, hari ini di Kedah parti itu menerima tamparan baru apabila ada ahlinya yang dah berani ugut hendak keluar parti beramai-ramai.

Sekumpulan ahli PKR Cabang Baling mengancam akan keluar parti sekiranya kepimpinan PKR negeri Kedah gagal mengambil kira pandangan mereka. Bernama melaporkan, Setiausaha PKR Cabang Baling, Mohd Azmi Mohamed Amin, berkata sikap kepimpinan negeri yang tidak mahu menerima pandangan cabang itu akan membawa kepada kehancuran parti.

Beliau berkata, mereka di peringkat cabang juga berasa tidak puas hati kerana campur tangan pihak atasan PKR dalam banyak hal termasuk turut merestui mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 pada 24 Sept lalu.

"Kami hairan bagaimana kepimpinan PKR negeri boleh mengarahkan mesyuarat itu diadakan kerana jelas ia mengetepikan perlembagaan parti," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri 20 anggota parti itu pada Rabu.

Kumpulan berkenaan mendesak pihak pendaftaran pertubuhan dan pucuk kepimpinan pusat PKR berbuat sesuatu sebelum mareka bertindak keluar beramai-ramai daripada parti. Mohd Azmi berkata beliau turut membuat satu laporan polis pada 25 Sept di Balai Polis Kuala Ketil berhubung mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 yang dianggapnya sebagai tidak sah.


Post by.... Melayu CinDia


8 comments:

Wanredone said...

saya sokong....memang jahat umno..... liwatpun diorang pakai "klon" orang pkr, lepas tu tuduh orang pkr yang buat! sialan.... dalam pemilihan pkr, dah tentu ramai "klon" yang dicipta umno menyerupai ahli-ahli pkr dan buat kacau!

Cg Pian said...

Podah,mesyuarat pun tak pandai nak memerintah negara. Nuar lari ke mana? Ada masalah, lari... porah...

Anonymous said...

saya dergar nama pkrr pun dah rasa nak muntah sekarang,dulu steady,sekarang hancur beterabur...zaman tian chuaa baring atas jln,ezam,roslan kassim dulu,saya sokong juga,sekarang pkr dah jadi macam umnoo jugak malak lebih teruk lagi.

Anonymous said...

hanya Allah yang tahu kebenaran...di tv dah keluar...kes kotapan...tak kan pkr semua betoi...pkr liwat pkr pun umno salah ke...

Anonymous said...

uitt...xkan india tu pon umno gak???
pas 4 all kan??

Cucu said...

aku saspek si Kotapan tu org UMNO la sbb muka dia dgn muka Abdool Azeeez Raheem dan Reezal Merikan tu ada iras2...

Anonymous said...

Kalau orang PKR mati pun kerja orang UMNO juga. Kalau tak reti cakap tak reti, jangan kata orang lain. Yang tahu liwat tu cuma siNuar tu je.. anak lalu depan Nuar pun dah tak berani. Kan Nuar tengah kempen kat Indon la ni.

Anonymous said...

bangang juga Wanredone dan kuncu kuncu nyee..dah terang lagi bersuluh...betul lah org PKR ngn PAS ni kalau dah taksub...buntut kambing pun diaorg kata boleh liwat..
semua yg tak elok serah pada UMNO.yg baik baik serah pada PKR dan PAS.Yg penting nye keburukkan PKR dan PAS dah mula terselah.jadi para pelawat blogger pikir pikirlah...dan timbang timbangkanlah dengan pemikiran yang lojik serta pemikiran yg sempit

Powered by Blogger.