Sep 19, 2010

PENGERUSI GERAKAN PP KECUT TELOQ - LETAK JAWATAN LA!!!





Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan yang buat hal dengan kenyataan ‘BN tak boleh menang balik negeri itu dalam PRU13 ‘ adalah orang pilihan Presiden parti Tan Sri Koh Tsu Koon untuk gantinya jadi Ketua Menteri jika BN menang negeri itu dalam pilihanraya umum Mac 2008 lalu.

Makanya bila timbul pemberontakan kalangan pimpinan Gerakan Pulau Pinang yang sudah dapat cukup jumlah mandat untuk adakan mesyuarat khas pada 10 Oktober ini untuk singkir Hock Nan timbul pula cakap-cakap ia juga satu tanda protes terhadap pimpinannya. Ditanya mengenai andaian itu dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di Kuala Lumpur Sabtu Tsu Koon berkata beliau tidak melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang menjurus kepadanya.

Serentak dengan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga melahirkan harapan agar mesyuarat khas berkenaan dimana undi tidak percayai hendak dibuat terhadap Hock Nan dapat dibatalkan. Menurut Tsu Koon mesyuarat khas itu sepatutnya adalah langkah terakhir sekiranya tidak ada lagi saluran menyalurkan pandangan dalam parti. Katanya pimpinan Gerakan pusat sedang berusaha memujuk untuk tujuan itu.

Beliau bagaimanapun menafikan hendak menyekatnya. Katanya jika mesyuarat khas itu diteruskan juga ahli parti hendaklah bersatu semula. Desak EGM singkir Pengerusi Gerakan P.Pinang kata BN tak boleh menang. Sebab mulut badan binasa. Malang itu bakal menimpa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan yang buat kenyataan kononnya Barusan Nasional (BN) tidak boleh menang di negeri itu dalam PRU ke 13 nanti.

Kenyataan itu menyebabkan sekumpulan ahli Gerakan Pulau Pinang yang menggelarkan diri mereka 'suara akar umbi' hari ini mendesak mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menyingkirkan Teng pada 10 Oktober atas dakwaan beliau tidak cekap. Menurut perlembagaan parti satu per empat daripada perwakilan negeri atau sekurang-kurang 50 perlu bersetuju sebelum EGM dapat diadakan.

PENGERUSI GERAKAN PULAU PINANG KECUT TELOQ.... LETAK JAWATAN LA...


Post by.... Melayu CinDia



2 comments:

Anonymous said...

BUKAN GERAKAN YG KECUT TELOQ BRO..TAPI UMNO YG TIADA TELOQ, SAMPAI LA NI PUN TAK DAPAT2 PEGANG PENEGRUSI BN NEGERI PP...BODOH BETUL UMNO KAT CERDIK/LICIKNYA PARTI CINA KERDIL TU!!!

Anonymous said...

Nak salahkan UMNO gak ke?? Sume salah UMNO payah la...

Da macam2 UMNO tolong da... GERAKAN patut sedar hal ini.. terutamanya Pengerusi Gerakan Penang ni..

Undur2...

Powered by Blogger.