Sep 1, 2010

ISU LOGI AIR - SYABAS KHALID IBRAHIM!!!





Hendak ini bagi itu dulu. Nampaknya projek Loji Rawatan Air Langat 2 masih sangkut. Ini kerana Kerajaan Negeri Selangor masih hendak terus main tarik tali dengan kerajaan persekutuan bagi perlaksanaan segera projek untuk mengatasi air yang dijangka menimpa Kuala Lumpur,Selangor dan Putrajaya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kata beliau tetap mahu isu penstrukturan semula indusri perkhidmatan air di Selangor diselesaikan dulu sebelum memberi lampu hijau kepada Langat 2.

Selangor memegang sebelah tali kerana soal tanah dan sebagainya adalah dibawah kuasa kerajaan negeri.Projek Langat 2 terletak dalam Selangor. Langat 2 akan mendapat bekalan air mentah yang disalur menerusi projek kerajaan persekutuan membina terowong dari Pahang. Khalid menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Selangor telah memberikan izin untuk projek rawatan air Langat 2 itu.

"Kita menerima Projek Langat 2, tetapi ia tidak perlu dibuat dengan terburu-buru. Sekarang kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu penstrukturan semula indusri perkhidmatan air di Selangor. Kita menegaskan sekali lagi bahawa perlu memberi keutamaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air berbanding projek Langat 2," katanya.

Sebelum ini sedikit masalah timbul apabila kerajaan Selangor berbeza pendapat dengan kerajaan persekutuan mengenai tarikh bila krisis air dijangka bermula. Pelbagai pihak telah mengkritik kerajaan Selangor kerana dianggap lebih utamakan soal politik dari kemungkinan masalah menimpa rakyat jika dilanda krisis air kerana kelewatan projek berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak harus timbul perbezaan dalam mengurus sumber air kerana ia bukan soal politik. Katanya ekoran persetujuan itu Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air diminta menyegarakan perlaksanaan projek berkenaan. Langat 2 akan mendapat bekalan air mentah yang disalur menerusi terowong dari Pahang.



Post by.... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.